Semasa

Walaupun Ramai yg Kata Prestasi Dr Zulkifli Tidak Memuaskan, Namun Beliau Akan Kembali Aktif di..

Pelantikan Zulkifli, 51, yang diumumkan oleh Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac lepas tidak dijangka banyak pihak, melakar sejarah tersendiri dan dilihat akan memperkasakan gandingan kepimpinan umara-ulama.

Ini kerana belum pernah lagi ada sebelum ini golongan profesional agamawan termasuk mufti dilantik untuk turut sama berada dalam barisan kabinet sesebuah kerajaan di Malaysia.

Justeru, pelantikan Zulkifli yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadikan beliau mufti pertama di negara ini menganggotai barisan jemaah menteri bagi sesebuah kerajaan.

Tokoh agamawan terkemuka negara ini yang bukan ahli politik dilantik terlebih dahulu sebagai senator pada 10 Mac lalu bagi membolehkan beliau memegang jawatan tersebut.

Walaupun Ramai yg Kata Prestasi Dr Zulkifli Tidak Memuaskan, Namun Beliau Akan Kembali Aktif di..

Tugas sebagai menteri akan turut sama dibantu oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary dari PAS yang dilantik sebagai timbalan.

Pelantikan anak kelahiran Kampung Gong Pauh, Terengganu ini yang merupakan ‘non-partisan’ sebagai menteri dilihat ramai sebagai pendekatan terbaik untuk mentadbir hal ehwal Islam bersandarkan kepada kepakaran dan pengetahuan tanpa tekanan pengaruh politik.

Sambutan di media sosial

Pelantikan bekas mufti Wilayah Persekutuan yang disambut penuh gembira itu turut dizahirkan secara meluas masyarakat Islam negara ini di laman media sosial.

Sama ada di Facebook, Instagram mahupun laman Twitter, kebanyakan netizen meluahkan rasa syukur dengan pengumuman tersebut dan pada masa yang sama turut mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau.

Walaupun Ramai yg Kata Prestasi Dr Zulkifli Tidak Memuaskan, Namun Beliau Akan Kembali Aktif di..

Di laman Facebook rasmi milik Zulkifli misalnya, dipenuhi dengan 6,000 ribu komen manakala Instagramnya penuh dengan 4,817 komen pada status beliau di media sosial berkenaan sebaik diumumkannya pelantikannya itu.

“Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.

“Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya,” kata Zulkifli pada status tersebut.

Tidak hanya dipenuhi komen netizen yang membina, positif dengan pelantikan berkenaan, status tokoh ilmuwan agama ini turut tular dan dikongsi ramai dengan sebanyak 13,000 perkongsian di Facebook.

Manakala menerima 107,531 tanda suka di Instagram beliau setakat jam 12.10 tengah hari (Selasa 10 Mac).

Antara yang turut memberi komen adalah pemegang akaun Facebook bernama Faiza Yusni yang menzahirkan rasa penuh kesyukuran atas pemilihan Zulkifli kerana dilihat sebagai seorang paling layak menggalas jawatan menteri tersebut.

Walaupun Ramai yg Kata Prestasi Dr Zulkifli Tidak Memuaskan, Namun Beliau Akan Kembali Aktif di..

“Alhamdulillah. Secara jujur, rasa bangga, tinggi menggunung kerana orang yang menjaga agama dipilih dari kalangan orang paling layak.

Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan dipelihara daripada perkara yang menggusarkan. Aamin,” katanya.

Selain turut sama mengucapkan tahniah, doa dipermudahkan urusan serta dikurniakan kesihatan baik, netizen juga menzahirkan harapan supaya Zulkifli dapat memberi perhatian khusus terhadap beberapa perkara berbangkit mengenai hal ehwal Islam sebelum ini.

“Tahniah buat Datuk Seri atas pelantikan sebagai Menteri yang menguruskan hal ehwal agama.

Mohon Datuk Seri memberi perhatian khusus ke atas perlakuan puak L Gi BT yang semakin berani menghina agama dan menggunakan media sosial untuk mempromosikan aktiviti mereka,” komen protubemalaysia.

Sangat disenangi, rendah diri

Ada banyak sebab mengapa pengumuman Zulkifli sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) disambut penuh kegembiraan khususnya oleh masyarakat Islam di negara ini.

Zulkifli yang menyandang jawatan Mufti Wilayah Persekutuan sejak 2014 ini bukan sahaja terkenal dan tidak asing dalam dunia dakwah tetapi juga adalah pakar rujuk dalam dalam pelbagai isu agama.

Bahkan beliau juga sangat disenangi ramai kerana keperibadiannya yang begitu merendah diri, tidak sombong dan mudah didekati sesiapa sahaja.

Walaupun Ramai yg Kata Prestasi Dr Zulkifli Tidak Memuaskan, Namun Beliau Akan Kembali Aktif di..

Ini dapat dilihat dengan jelas apabila beliau yang juga merupakan peminat pasukan bola sepak Liverpool sering dikunjungi pasangan suami isteri, bukan sahaja sebagai rujukan ilmu kekeluargaan tetapi juga yang ingin “mentahnikkan” anak mereka.

Malah, ada pasangan suami isteri yang memberikan cenderahati berupa jersi pasukan kesayangannya itu kepada beliau kerana begitu gembira atas kesudian Zulkifli untuk mentahnikkan anak mereka.

Menariknya, biarpun sudah bergelar mufti, beliau mudah didampingi orang ramai apabila sering kali turun padang menyampaikan kuliah di pelbagai masjid bukan sahaja di sekitar kawasan Lembah Klang tetapi juga di negeri lain.

Malah, sejurus selepas pengumuman pelantikan beliau sebagai menteri, tokoh agamawan ini masih mengekalkan rutin bulanannya menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Slim River, Perak.

Semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan berhenti di Hentian Rehat dan Rawat Jejantas Sungai Buloh, beliau dilihat berbual mesra dengan mereka yang menyapanya.

Sifat rendah diri Zulkifli turut menarik ramai pendakwah termasuk Ustaz Ebit Lew yang menzahirkannya di laman Facebooknya pada 9 Mac lepas .

Walaupun Ramai yg Kata Prestasi Dr Zulkifli Tidak Memuaskan, Namun Beliau Akan Kembali Aktif di..

“Beliau seorang sangat rendah diri dan baik. Ingat lagi beberapa kali ceramah bersama. Dan saat jumpa di pejabat.

Sangat tawaduk dan kuat memikirkan keadaan masyarakat dan membangunkan Malaysia dengan Islam dan kebaikan.

“Di wajahnya tergambar sedih, bimbang atas masyarakat (hari) ini masa berbincang keadaan usaha dakwah kepada golongan anak muda di kelab, tepi jalan, L Gi BT, anak remaja, membantu yang ingin belajar Islam…

Tahniah Dr Zulkifli Al Bakri. Allah sayang yang Mulia Ustaz Dr Zulkifli,” antara coretan Ustaz Ebit Lew dalam status tersebut.

Berbilang agama

Bekas mufti Wilayah Persekutuan ini bukannya calang-calang orangnya biarpun beliau sentiasa sederhana dalam penampilan dengan pakaian jubah dan kopiah.

Suami kepada Datin Seri Dr Shereen Mohd Yunos ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Syariah) daripada Islamic Sciences & Arabic University, Jami’ Al-Sadat, Damascus, Syria dan Doktor Falsafah Syariah (Fatwa) dari Universiti Sains Malaysia.

Beliau juga pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 2012 peringkat Wilayah Persekutuan, Tokoh Maal Hijrah 2014 peringkat Negeri Terengganu dan Ikon Integriti & Anti Rasuah 2019 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Zulkifli juga turut menghasilkan lebih 300 buah buku keagamaan seperti Bayan Linnas dan Irsyad Fatwa.

Walaupun Ramai yg Kata Prestasi Dr Zulkifli Tidak Memuaskan, Namun Beliau Akan Kembali Aktif di..

Istimewanya, pencapaian membanggakan itu dan keterampilan perwatakan termasuk mempunyai hubungan baik dengan jiran tetangganya yang pelbagai bangsa bukan sahaja menarik perhatian masyarakat Islam tetapi juga rakyat majmuk negara ini.

Beliau pernah berkongsi di laman sosialnya mengenai tradisi yang diamalkannya setiap kali Tahun Baru Cina iaitu menghadiahkan kek kepada jiran tetangga dan antaranya ialah Pakcik Choong atau nama sebenarnya Choong Kooy Choon.

Biarpun jirannya itu sudah meninggal dunia tetapi Zulkifli tetap menghadiahkan kek kepada keluarga mendiang.

Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti, Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Zulkifli memberitahu Bernama, keperibadian Zulkifli yang berimejkan Islamik tidak menghalangnya untuk bergaul dengan pelbagai lapisan agama.

“Sebagai mufti, pandangan beliau banyak berkaitan dengan isu masyarakat dan lebih penting pandangannya adalah mengambil kira kepentingan dan kedudukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Walaupun Ramai yg Kata Prestasi Dr Zulkifli Tidak Memuaskan, Namun Beliau Akan Kembali Aktif di..

“Kita boleh katakan, walaupun pandangan beliau itu berdasarkan rujukan Al-Quran dan Hadis, namun pendekatan beliau didapati bersesuaian dengan kedudukan Malaysia sebagai rakyat majmuk.

“Sebab itu, kita dapati pandangan beliau banyak diterima pakai masyarakat. Ini berbeza dengan sesetengah pendapat ahli agama.

Kadangkala pandangan mereka terlalu konservatif dan tidak memikirkan keadaan masyarakat dalam negara kita,” katanya.

Akan Kembali Aktif di Youtube

ʙᴇᴋᴀꜱ ᴍᴇɴᴛᴇʀɪ ᴅɪ ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴘᴇʀᴅᴀɴᴀ ᴍᴇɴᴛᴇʀɪ (ʜᴀʟ ᴇʜᴡᴀʟ ᴀɢᴀᴍᴀ), ᴅᴀᴛᴜᴋ ꜱᴇʀɪ ᴅʀ. ᴢᴜʟᴋɪꜰʟɪ ᴍᴏʜᴀᴍᴀᴅ ᴀʟ-ʙᴀᴋʀɪ ᴍᴇɴʏᴀᴛᴀᴋᴀɴ ʜᴀꜱʀᴀᴛ ᴜɴᴛᴜᴋ ʟᴇʙɪʜ ᴀᴋᴛɪꜰ ᴅɪ ꜱᴀʟᴜʀᴀɴ ʏᴏᴜᴛᴜʙᴇ ᴅᴀɴ ᴛᴡɪᴛᴛᴇʀ ꜱᴇʟᴇᴘᴀꜱ ᴛᴜɢᴀꜱɴʏᴀ ᴅɪ ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴛᴇʀꜱᴇʙᴜᴛ ʙᴇʀᴀᴋʜɪʀ ʜᴀʀɪ ɪɴɪ.

ᴍᴇɴᴜʀᴜᴛɴʏᴀ, ʙᴇʟɪᴀᴜ ᴛᴜʀᴜᴛ ᴍᴀʜᴜ ᴋᴇᴍʙᴀʟɪ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴀʀᴇɴᴀ ᴘᴇɴᴜʟɪꜱᴀɴ ʙᴜᴋᴜ ꜱᴇʟᴀɪɴ ᴍᴇɴʏᴀᴍᴘᴀɪᴋᴀɴ ᴋᴜʟɪᴀʜ ᴅᴀɴ ᴍᴇɴᴊᴀᴡᴀʙ ꜱᴏᴀʟᴀɴ-ꜱᴏᴀʟᴀɴ ᴀɢᴀᴍᴀ ᴅᴀʀɪᴘᴀᴅᴀ ᴋʜᴀʟᴀʏᴀᴋ.

“ᴀʟʜᴀᴍᴅᴜʟɪʟʟᴀʜ, ᴀᴍᴀɴᴀʜ ʏᴀɴɢ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ʟᴀɴᴛɪᴋᴀɴ ᴏʟᴇʜ ꜱᴇʀɪ ᴘᴀᴅᴜᴋᴀ ʙᴀɢɪɴᴅᴀ ʏᴀɴɢ ᴅɪ-ᴘᴇʀᴛᴜᴀɴ ᴀɢᴏɴɢ ꜱᴇʙᴀɢᴀɪ ꜱᴇɴᴀᴛᴏʀ ᴅᴀɴ ᴍᴇɴᴛᴇʀɪ ᴀᴅᴀʟᴀʜ ᴛᴀɴɢɢᴜɴɢᴊᴀᴡᴀʙ ᴅᴀɴ ᴘᴇɴɢʜᴏʀᴍᴀᴛᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴅɪʟᴀᴋꜱᴀɴᴀᴋᴀɴ ꜱᴇᴅᴀʏᴀ ᴜᴘᴀʏᴀ.

“ᴍᴏʜᴏɴ ᴍᴀᴀꜰ ᴀᴛᴀꜱ ꜱᴇɢᴀʟᴀ ᴋᴇᴋᴜʀᴀɴɢᴀɴ ᴅᴀɴ ᴋᴇʟᴇᴍᴀʜᴀɴ ꜱᴀʏᴀ ꜱᴇᴘᴀɴᴊᴀɴɢ 17 ʙᴜʟᴀɴ ᴇɴᴀᴍ ʜᴀʀɪ ɪɴɪ. ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀꜱɪʜ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ꜱᴇᴍᴜᴀ ʀᴀᴋʏᴀᴛ ᴍᴀʟᴀʏꜱɪᴀ.

ꜱᴀʏᴀ ꜱᴀʏᴀɴɢ ᴀɴᴅᴀ ꜱᴇᴍᴜᴀ,” ᴛᴜʟɪꜱɴʏᴀ ᴍᴇɴᴇʀᴜꜱɪ ʜᴀɴᴛᴀʀᴀɴ ᴅɪ ʟᴀᴍᴀɴ ᴛᴡɪᴛᴛᴇʀ ꜱᴇʙᴇɴᴛᴀʀ ᴛᴀᴅɪ.

ᴀʜʟɪ ᴛʜᴇ ᴍᴜꜱʟɪᴍ ᴄᴏᴜɴᴄɪʟ ᴏꜰ ᴇʟᴅᴇʀꜱ, ᴇᴍɪʀɪʏᴀʜ ᴀʀᴀʙ ʙᴇʀꜱᴀᴛᴜ ɪᴛᴜ ʙᴇʀᴋᴀᴛᴀ, ᴛᴇʀᴊᴇᴍᴀʜᴀɴ ꜱᴀʜɪʜ ᴀʟ-ʙᴜᴋʜᴀʀɪ, ᴛᴀꜰꜱɪʀ ᴀʟ-Qᴜʀ’ᴀɴ ᴀʟ-ʙᴀʏᴀɴ ᴅᴀɴ ᴛᴇʀᴊᴇᴍᴀʜᴀɴ ᴀʟ-Qᴜʀᴀɴ ᴠᴇʀꜱɪ ᴀʟ-ʙᴀʏᴀɴ ᴀᴅᴀʟᴀʜ ʜᴀᴅɪᴀʜ ʙᴜᴀᴛ ꜱᴇʟᴜʀᴜʜ ᴜᴍᴀᴛ ɪꜱʟᴀᴍ.

ꜱᴇᴋᴀʟɪ ɢᴜꜱ ᴍᴇɴᴇᴍᴘᴀ ꜱᴇᴊᴀʀᴀʜ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴘᴇɴᴛᴀᴅʙɪʀᴀɴ ᴋᴇʀᴀᴊᴀᴀɴ ᴘᴇʀꜱᴇᴋᴜᴛᴜᴀɴ ᴋɪɴɪ ꜱᴇᴅᴀɴɢ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴜʀᴜꜱᴀɴ ᴘᴇʀᴄᴇᴛᴀᴋᴀɴ.

“ꜱᴇᴍᴜᴀ ɪɴɪꜱɪᴀᴛɪꜰ ᴋᴇʀᴀᴊᴀᴀɴ ꜱᴇᴘᴀɴᴊᴀɴɢ 2002-2021 ᴀᴋᴀɴ ᴅɪʙᴇɴᴛᴀɴɢᴋᴀɴ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴍɪɴɢɢᴜ ɪɴɪ, ɪɴꜱʏᴀ-ᴀʟʟᴀʜ.

ʀᴀᴋʏᴀᴛ ᴘᴇʀʟᴜ ᴛᴀʜᴜ ᴋᴇ ᴍᴀɴᴀ ꜱᴇᴛɪᴀᴘ ꜱᴇɴ ᴢᴀᴋᴀᴛ, ɪɴꜰᴀQ, ᴡᴀQᴀꜰ ʏᴀɴɢ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ꜱᴀʟᴜʀᴋᴀɴ ᴍᴇʟᴀʟᴜɪ ᴋᴀᴍɪ.

“ʀᴍ591.9 ᴊᴜᴛᴀ ᴛᴇʟᴀʜ ᴅɪᴀɢɪʜᴋᴀɴ ʙᴇʀᴍᴜʟᴀ ᴍᴀᴄ 2020 ʜɪɴɢɢᴀ ʜᴀʀɪ ɪɴɪ ᴍᴇʟᴀʟᴜɪ ɪɴɪꜱɪᴀᴛɪꜰ #ᴍᴜꜱᴀᴀᴅᴀʜ ꜱᴇᴊᴀᴋ ʙᴇʀᴍᴜʟᴀɴʏᴀ ᴘᴀɴᴅᴇᴍɪᴋ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 ᴏʟᴇʜ ᴀɢᴇɴꜱɪ-ᴀɢᴇɴꜱɪ ᴀɢᴀᴍᴀ ᴅɪ ʙᴀᴡᴀʜ ᴛᴀɴɢɢᴜɴɢᴊᴀᴡᴀʙ ꜱᴀʏᴀ.

ꜱᴀʏᴀ ᴍɪɴᴛᴀ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ᴛᴇʀᴜꜱᴋᴀɴ ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴇʟᴀʜ ᴛɪᴀᴅᴀ,” ᴋᴀᴛᴀɴʏᴀ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *