JOHOR BAHRU: Hasrat seorang wanita merakam gambar berlatarbelakangkan pemandangan indah di Tasik Biru Kangkar Pulai atau Blue Lagoon mengundang padah apabila mangsa maut selepas terjatuh dari tebing tasik pada ketinggian 23 meter.
RAKAMAN DI BAWAH SEKALI
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.06 petang tadi.
“Anggota bomba menemui mangsa di sekitar kawasan anak sungai dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 5.08 minit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan tasik yang terletak bersebelahan kuari adalah kawasan larangan namun menjadi tarikan bagi aktiviti mendaki.
Salam takziah buat keluarga mendiang. Semoga tabah hadapi dugaan ini.
Sumber BH