Semasa

Tidak Menunggu Lama, Akhirnya Dr Azra Tampil Munculkan Diri “Lihat abg bahagia bersama saya..”

Hangat diperkatakan di media sosial apabila kekasih pelakon Azri Iskandar yang juga penulis skrip, komposer dan novelis, Dr Azra Diera didakwa tidak wujud dan hanya scammer.

Memetik Getaran, wanita berusia 42 tahun itu menafikan dakwaan bahawa dia adalah seorang scammer seperti diperkatakan netizen.

Tidak ambil peduli dengan apa yang diperkatakan netizen, Azra berkata apa yang peting Azri sudah berjumpa dengannya dan tahu bahawa dirinya menyayangi pelakon itu.

“Tanyalah Azri. Dia rasa macam mana bila jumpa saya. Setenang apa dia bila saya ada. Saya tak pernah minta apa-apa pun daripada dia.

“Saya cuma nak dia rasa happy dengan saya. Hidup tak lama. Kita tak tahu bila harinya kita akan dijemput pulang. Selagi ada hayat. Berbahagialah dengan orang yang menghargai kita,” katanya.

Dalam pada itu, Azra berkata dia gembira melihat perubahan Azri yang sebelum ini penuh tekanan dan bermasalah, namun kini semakin ceria.

“Tapi, saya sayang dia. Saya tak sanggup lukakan hati dia. Azri makin bersemangat sekarang. Dia ada impian hidup yang dia tak pernah capai sebelum ini.

“Saya gembira tengok perubahan dia. Dulu saya kenal dia sebagai seorang lelaki yang penuh dengan rasa tertekan, stres dan bermasalah.

“Tapi sekarang makin hilang semua itu. Boleh lihat kegembiraan dan keceriaan dia sekarang. Jumpalah dia kalau rasa apa yang saya cakap ni tak betul. Tengok sendiri dia yang sekarang ini,” katanya.

Azra berkata lagi, dia dan Azri kini mahu bersama-sama membangunkan kerjaya mereka dan menghalalkan hubungan serta hidup bahagia.

“Saya boleh tarik diri kalau ini boleh merosakkan reputasi dan kerjaya saya. Tapi, kalau Azri gila selepas ni, jangan salahkan saya. Saya dah penat sebenarnya. Kerjaya saya banyak terganggu.

“Lagi satu, saya nak betulkan kenyataan pihak sebelah sana. Saya bukan peminat Azri Iskandar. Saya tak tengok lakonan Azri.

“Tetapi sebaliknya Azri adalah peminat tulisan-tulisan saya. Terang-terang, Azri sendiri yang cakap tentang hal ini dulu,” katanya.

Baru-baru ini, menerusi temubual bersama Melodi, Azri menghubungi kekasihnya itu bagi menjawab pertanyaan serta membuktikan Azra benar-benar wujud dan bukan gimik semata-mata.

Azra pada awalnya menjawab panggilan Azri namun sebaik sahaja mengetahui panggilan itu dirakam,  Azra memaklumkan bahawa dia sedang menjalani penggambaran. Malah, wanita itu juga segera meletakkan telefon.

Turut menjadi perhatian dalam temubual tersebut adalah Azri memanggil kekasihnya itu dengan panggilan baby.

Diruangan komen Facebook TV3 Malaysia, ada segelintir netizen geli mendengar nama panggilan tersebut apatah lagi sudah tua. Tidak kurang juga, masih ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan Dr Azra itu sebenarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *