Semasa

Semasa Wajah Yasin Didedahkan Di Mahkamah, Netizen Perasan Sesuatu yg Mengejutkan

Semasa Wajah Yasin Didedahkan Di Mahkamah, Netizen Perasan Sesuatu yg Mengejutkan

Hari ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman yang didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dadah dan menanam pokok ganja.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai maati.

Dan sekiranya tidak dihukum maati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Semasa Wajah Yasin Didedahkan Di Mahkamah, Netizen Perasan Sesuatu yg Mengejutkan

Yasin juga mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin di Mahkamah Sesyen.

Semasa Wajah Yasin Didedahkan Di Mahkamah, Netizen Perasan Sesuatu yg Mengejutkan Semasa Wajah Yasin Didedahkan Di Mahkamah, Netizen Perasan Sesuatu yg Mengejutkan Semasa Wajah Yasin Didedahkan Di Mahkamah, Netizen Perasan Sesuatu yg Mengejutkan Semasa Wajah Yasin Didedahkan Di Mahkamah, Netizen Perasan Sesuatu yg Mengejutkan

“Anak-anaknya sangat kuat dan menunggu kepulangan beliau (Yasin). Saya mendoakan Allah SWT mempermudahkan segalanya,” katanya.

Kata Zain lagi, ahli keluarga mereka juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat Yasin dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

Susulan kes tersebut, ada netizen mempertikaikan wajah Yasin terpampang merata-rata.

Namun tokan dadah yang ditangkap membawa masuk ganja berkilo bernilai jutaan ringgit tidak pula didedahkan wajah mereka.

Dalam pada itu, ada netizen meluahkan rasa tidak puas hati serta pertikaikan ada tokan dan jerung dadah masih terlepas.

Sementara itu, melihatkan diruangan komen isu berkenaan rata-rata netizen memberikan kata semangat buat penyanyi itu serta mendoakan agar urusan Yasin dipermudahkan.

Dalam pada itu, peguam Yusmadi Yusoff yang mewakili Yasin memaklumkan lelaki itu melalui fasa perceraian dengan isteri yang memburukkan kesihatannya.

Katanya, Yasin juga tiada rekod negatif dan banyak memberi inspirasi kepada masyarakat menerusi karyanya sebelum ini.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja di bahagian bawah sebelah kanan almari di dalam salah sebuah bilik.

“Kami turut menemui satu lagi pokok dalam pasu disyaki ganja di balkoni rumah dan tiga lagi pokok ganja di dalam almari baju,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Katanya lagi, dalam serbuan tersebut pihak polis turut menemui satu bekas plastik di atas kabinet dapur mengandungi dua plastik lut sinar ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram.

Keseluruhan dadah yang dirampas termasuk 17 pokok ganja terbabit dianggarkan bernilai RM40,700 yang boleh dibekalkan kepada 214 penagih.

Siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan ganja kering di sekitar daerah ini.

“Berdasarkan pengakuan suspek, pokok ganja itu ditanam untuk kegunaan sendiri. Kami masih menyiasat dari mana suspek memperoleh bekalan benih berkenaan,” katanya.

Hasil ujian saringan awal suspek mendapati dia positif ganja dan mempunyai sejarah penagihan dadah sejak 10 tahun lalu.

Terdahulu Yasin mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Selain itu, tiada pengakuan direkodkan atas pertuduhan mengedarkan dadah jenis ganja seberat 214 gram.

Sementara itu, Yasin merayu kepada Mahkamah Majistret untuk memberikan jaminan berikutan masalah kesihatan mentalnya yang semakin terjejas.

SUMBER: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *