Semasa

Viral Rakaman Lelaki Hina Agama ᴄᴇᴅᴇʀᴀ ᴅɪᴘᴜᴋᴜʟ penghantar makanan, 5 Ditahan

PETALING JAYA Seorang lelaki ᴄᴇᴅᴇʀᴀ ᴅɪᴘᴜᴋᴜʟ sekumpulan penghantar makanan di Sungai Way, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang penghantar makanan berusia 19 tahun, pada 2.30 petang.

Beliau berkata, remaja itu ᴍᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ, laporan polis berkenaan dibuat susulan tidak berpuas hati terhadap salah seorang pelanggan yang menggunakan nama menyentuh sensitiviti agama.

“Pengadu membuat ᴛᴀɴɢᴋᴀᴘ layar pesanan daripada pelanggan berkenaan serta menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan berkenaan.

May be an image of text that says 'Pickup McDonald's Sunway Mentari 156 Pick 1:34 TG .. #763 #764 Order Details m8rp-brsq (#763) Ardilas anak Allah Taala Tuhan Allah Taala Items More Instructions Haial Delivery Use the green Halal box Pick Up Status Deliveries Map History Wallet'

“Keadaan itu menimbulkan ᴋᴇᴍᴀʀᴀʜᴀɴ kepada sekumpulan penghantar makanan yang lain dan mereka pergi ke rumah pelanggan terbabit yang terletak di Sungai Way,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pelanggan terbabit yang berusia 29 tahun kemudian ᴅɪᴘᴜᴋᴜʟ dan dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut.

“Kejadian itu menyebabkan lelaki berkenaan ᴄᴇᴅᴇʀᴀ. Kami turut menahan lima penghantar makanan berusia 19 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Kami masih mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu yang disiasat mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 298 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan apa-apa isu atau provokasi menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan bangsa lain yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Masyarakat diingatkan supaya tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi 30 saat yang memaparkan seorang lelaki ᴅɪᴘᴜᴋᴜʟ sekumpulan penghantar makanan tular di media sosial, hari ini.

VIDEO KLIK DI SINI

Reaksi warga maya