Semasa

Ditegur Ustazah Asmak Husin Tentang Kenyataan Bongkak 3x Pergi Mekah, Tindakkan Ifa Raziah Mengejutkan

Pendakwah bebas Ustazah Asmak Husin menegur kenyataan yang dibikin selebriti versatil, Ifa Raziah mengenai isu tudung dan Makkah baru-baru ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Jelas Ustazah Asmak, bertudung itu wajib bagi setiap wanita dan hukumnya berdosa sekiranya meninggalkan suruhan Allah.

“Pandangan saya menutup aurat itu wajib, tak kisah dijemput ke Makkah atau tidak. Jika kita meninggalkan suruhan Allah tetap berdosa walaupun 10 kali ke Makkah.

Ustazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur KenyataanUstazah Asmak Husin Tegur Kenyataan

“Mari kita sama-sama berdoa semoga setiap muslimat diberi kefahaman jelas dalam beragama, istiqamah, dan terasa ringan melaksanakan perintah Allah,” tambahnya.

Ustazah Asmak Husin Tegur Kenyataan

Terdahulu, tindakkan Ifa dalam satu rakaman video mengupas isu menutup aurat dan makanan halal di sebuah restoran cina di Pulau Pinang mengejutkan ramai netizen.

“Banyak benda lagi kita boleh ingat pada Allah, bukan setakat menutup aurat. Kalau setakat menutup aurat tapi tak solat, berzikir, tak buat amal jariah tak guna juga. Itu salah satunya.

“Kita pun tak sempurna, banyak kekurangan.. Banyak juga orang yang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah atau haji. Tapi saya, belum pakai tudung tapi Allah dah jemput saya tiga kali dah.

“Kalau aurat jaga tapi semua tak lengkap macam mana pula? Cuba jawab. Kalau pakai tudung tapi mulut jahat, dok mengata orang, fitnah orang. Saya pernah jumpa wanita bertudung tapi tak solat,” kata Ifa dalam video berkenaan yang dikongsikan semula ke TikTok.

‘Saya Belum Pakai Tudung Tapi Allah Dah Jemput Saya Tiga Kali ..’

Nama pelakon dan penyanyi Ifa Raziah menjadi bualan warganet di platform media sosial. Ini susulan tular rakaman video yang memaparkan Ifa sedang ‘mengupas’ isu menutup aurat dan makanan halal.

Pakai tudung tapi mulut jahat

Menerusi video di TikTok @Nazrul_Al_Bangsari, Ifa, 47, menyatakan dia sudah tiga kali dijemput Allah SWT ke tanah suci Makkah biarpun belum menutup aurat dengan sempurna.

Tegas pemilik nama Saripah Raziah Mustapha, dengan menutup aurat bukan bermakna sudah patuh dengan suruhan Allah SWT.

Banyak benda lagi kita boleh ingat pada Allah, bukan setakat menutup aurat. Kalau setakat menutup aurat tapi tak solat, berzikir, tak buat amal jariah tak guna juga. Itu salah satunya.

Kita pun tak sempurna, banyak kekurangan.. Banyak juga orang yang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah atau haji. Tapi saya, belum pakai tudung tapi Allah dah jemput saya tiga kali dah.

Kalau aurat jaga tapi semua tak lengkap macam mana pula? Cuba jawab. Kalau pakai tudung tapi mulut jahat, dok mengata orang, fitnah orang. Saya pernah jumpa wanita bertudung tapi tak solat.

Saya orang Islam

Sementara itu, pelantun lagu Terus Terang turut menekankan restoran makanan Cina yang dikunjunginya di Butterworth, Pulau Pinang, mempunyai Sijil Pengesahan Halal.

Pengacara terkenal ini dilihat naik angin apabila ada netizen yang sangsi sehinggakan mendakwa dia makan daging babi.

Ini kedai Cina tapi banyak orang Melayu makan dekat sini. Mestilah halal, tak akan tak halal. Saya orang Islam kot.. tak akan nak makan yang jadi darah daging. Depa (netizen) ini tak puas hati, cakap saya makan babi. Kedai ini memang halal.

Saya memang suka makanan Cina tapi cari yang halal la. Banyak restoran Cina yang halal.

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dilontarkan oleh Ifa.

@serinaredzuawan: Ya Allah. Jauhilah kami dari tersalah dalam tutur kata, berilah hidayah kepada kepada sesiapa yang dikehendakinya. Moga Kak Ifa akan menutup aurat.

@Nazrul_Al_Bangsari: Dia tak kenal benda wajib dan sunat. Tutup aurat wajib. Sedekah sunat , zikir sunat. Makkah itu tempat ujian bukan tanda Allah suka.

@Norsazwani: Jangan salahkan aurat tudung kak. Menutup aurat perintah Allah. Semoga dia diberikan hidayah.

@Ikaintan: Kekayaan dia tu la ujian terbesar untuk dia, dia lupa benda tu..

Sumber Menujukebenaran.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *