Semasa

Dikatakan Masih Tinggal Sebumbung Walaupun Telah Bercerai Talak 3, Akhirnya Ini Tindakkan Menteri Agama

Pihak berkuasa agama negeri diminta untuk memanggil pasangan DJ Wong dan DJ Sal yang telah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa kembali tinggal bersama, selepas berlaku perceraian antara pasangan itu pada April yang lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, memaklumkan pasangan tersebut mungkin menganggap penceraian sebagai satu perkara yang biasa ekoran kurang memahami hukum Islam, lapor Harian Metro.

“Mungkin sebab kejahilan meraka”

Dakwa sudah rujuk isu kepada ahli keluarga dan bijak pandai agama

Jelas Idris lagi, beliau turut meminta agar orang ramai yang bimbang berkenaan perkara tidak elok berlaku pada pasangan tersebut untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa agama.

Lapor kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing

“Jika berlaku perkara sebegini, orang ramai boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa agama di negeri masing-masing.

Apabila ada laporan maka kita boleh ambil tindakan kerana ada ketika pihak berkuasa tidak tahu mengenai sesuatu kes yang berlaku.

“Di daerah kita hanya mempunyai seorang kadi sahaja, kita tidak mahu terlepas pandang dan jika kita tahu memang pihak berkuasa agama siasat segera,” jelasnya.

Menerusi laporan Sinar Harian, Idris berkata, pihak berkuasa dapat membuat penelitian dan memanggil pihak terlibat.

“Jika tahu berlaku di mana, boleh lapor JAIN”

“Sekiranya kita tahu kejadian berlaku di mana, boleh lapor terus kepada JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri), manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya menumpu kepada apa yang disiarkan dalam media sosial.

“Contohnya, kes yang berlaku di Perak, kita akan rujuk Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk diambil tindakan.

Benda-benda yang mengelirukan kita akan minta supaya buat penyelidikan kes, seperti kes melibatkan tenaga pengajar luar yang disiarkan dalam YouTube.

Mungkin kita tak boleh ambil tindakan tetapi melalu SKMM untuk menyekat penyiaran,” kata Datuk Idris Ahmad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *