Semasa

TuIar Bainun Bergambar Dengan Keluarga Zahid, Nurulhidayah Dedah Sesuatu “Keluarga Angkat Celah Mana..”

KECOH di media sosial mengenai dakwaan yang mengaitkan tertuduh dalam kes penderaan remaja perempuan sindrom down bernama Bella dengan ahli politik.

Tersebar gambar tertuduh, pengasas Rumah Bonda yang menempatkan Bella iaitu Siti Bainun Ahd Razali bersama keluarga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Gambar tersebut menunjukkan Siti Bainun bergambar secara berkumpulan yang turut disertai Ahmad Zahid dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid

Menerusi ruangan komen, Nurulhidayah yang juga dikenali sebagai Kak Long menjawab satu pertanyaan netizen mengenai sama ada Siti Bainun merupakan anak angkat kepada bapanya berdasarkan foto yang tular.

“Kalau semua orang yang bergambar dengan abah (panggilan Ahmad Zahid) dan keluarga Kak Long ni ada kena-mengena ke?

“Anak angkat celah mana tu tanya diaorang. Sia-sia je depa (mereka) ni puasa,” katanya yang turut ke mahkamah bagi mengikuti kes Bella.

TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid

Foto yang tular menunjukkan Siti Bainun (duduk, kanan) bersama Ahmad Zahid (tengah) dan isteri (duduk, dua kanan).

Dalam posting yang berasingan, Nurulhidayah turut membuktikan dirinya juga prihatin dan memperjuangkan nasib Bella sejak tahun lalu.

“Tiada siapa yang akan terlepas daripada undang-undang penderaan dan melindungi kes penderaan.

“Selama saya hidup saya dibesarkan dengan bapa saudara sindrom down (telah meninggal empat tahun lalu). Mereka bukan agresif. Mereka manja. Bella perlu dibela,” ujarnya.

TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid

Nurulhidayah menyifatkan dakwaan mengaitkan Siti Bainun dengan keluarganya sebagai fitnah.

Nurulhidayah juga mendedahkan sedutan klip audio yang didakwanya merupakan perbualannya bersama bekas penghuni Rumah Bonda yang mendakwa Bella diberi layanan buruk sehingga terpaksa minum air paip.

Susulan itu, Nurulhidayah menolak dakwaan keluarganya cuba melindungi tertuduh.

“Jadi celah mana kami sekeluarga cover atau back up orang kena tuduh (OKT)?

“Tak masuk akal. Tak pandai tak apa, jangan memandai-mandai,” katanya sambil turut bersedia untuk membantu dan bekerjasama membela nasib mereka yang teraniaya.

TuIar Bnun Bergambar Dengan Keluarga Zhid

Nurulhidayah menjawab persoalan netizen di ruangan komen.

Mengenai kes Bella, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *