Keluarga

Guru Besar, lstri dan Anak MninggaI Dvnia Bila SUV Dipandunya Bertembung Bas Express

TIGA beranak mavt selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas dalam kemaIangan di Kilometer 25, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Dungun, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 3.10 petang, mangsa Mohd Zuki Yusof, 44 , bersama isterinya, Nur Farraheeda Ali Khan, 41, mavt serta-mereta di tempat kejadian.

Manakala anak mereka Nasyeen Umayrai, 10, disahkan mennggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, kira-kira 6.20 petang.

Seorang lagi anak pasangan berkenaan, Damia Irdina, 13, parah dan kini menerima rawatan di Hospital Dungun.

Mohd Zuki adalah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya 2, manakala isterinya pula Pembantu Tadbir di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Tiga beranak mat SUV bertmbung bas ekspresTiga beranak mat SUV bertmbung bas ekspresTiga beranak mat SUV bertmbung bas ekspresTiga beranak mat SUV bertmbung bas ekspres

Kejadian dipercayai berlaku ketika keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Bakti AMBS selepas membeli barangan dapur di Bandar Paka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar AMBS Zul Husni Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.14 petang sebelum enam anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba didapati kedua-dua anak mngsa sudah dikeluarkan orang ramai.

Tiga beranak mat SUV bertmbung bas ekspresTiga beranak mat SUV bertmbung bas ekspresTiga beranak mat SUV bertmbung bas ekspresTiga beranak mat SUV bertmbung bas ekspres

“Pamandu dan penumpang depan kenderaan itu tersepit di tempat duduk, dan pihak kami mengambil masa selama 15 minit sebelum berjaya mengeluarkannya.

“Kedua-dua pasangan itu disahkan mennggal dunia di lokasi, dan mayat mereka kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Sksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Kosmo, Artikel disiarkan pada 29 Jun 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *