Semasa

Tiada Lagi Rayuan, Mahkamah Putuskan Najib Razak Dipenjara 12 Tahun, dan Denda RM210 Juta

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib, 69, pada 8 Dis 2021 gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, panel lima hakim menolak permohonan Najib agar Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar dan memutuskan rayuannya.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan terus mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dalam pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu yang dikemukakan di saat-saat akhir agar Tengku Maimum menarik diri daripada mendengar rayuannya.

Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd.

Selepas hampir tiga jam menangguhkan prosiding hari ini bagi memutuskan permohonan itu, Tengku Maimun ketika membacakan penghakiman panel berkenaan berkata tidak ada kaitan antara hantaran Facebook yang dimuat naik oleh suaminya dengan rayuan Najib di hadapan mahkamah.

“Hantaran ini dimuat naik empat tahun lepas,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *