Semasa

Slps Org Kanan PM Menyatakan yg PM Akan Letak Jawatan, Terjadi Sesuatu pd FB PM

Kemelut yang melanda pentadbiran negara nampaknya semakin meruncing apabila khabar angin berkenaan peletakkan jawatan Perdana Menteri semakin betiup kencang.

Semenjak UMNO menarik balik sokongan terhadap perdana menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), terdapat pegawai menteri yang telah mula mengemas barang dan mengosongkan pejabat masing-masing pada awal Ogos lalu.

Seorang pegawai menteri yang dihubungi Sinar Harian mengatakan beliau sudah pun mengemas barang-barangnya semenjak kemelut politik melanda.

Menurutnya, barang-barangnya hanya tinggal sedikit sahaja lagi memandangkan beliau sudah mula mengemas sejak sebelum UMNO menarik balik sokongan lagi.

Berita melaporkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Ini dengan menawarkan kerjasama rentas antara PN dengan parti luar sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan September depan.

Cadangan itu diusul bagi mengekalkan kerajaan untuk terus berfungsi sepanjang tempoh pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Tujuan cadangan itu dibuat bagi mengelakkan kumpulan kleptorat memerintah jika kemelut politik tidak diselesaikan dengan kadar segera, ujarnya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung petang semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Telah Mengesahkan

Seorang pemimpin Bersatu hari ini mengesahkan Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Redzuan Md Yusof, memaklumkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

Kata ahli parlimen Alor Gajah itu, perkara berkenaan dimaklumkan Muhyiddin dalam pertemuan dengan ahli parlimen Bersatu selama kira-kira dua jam sebentar tadi.

“Esok akan ada mesyuarat khas kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatan,” katanya.

Kata Mohd Redzuan, Muhyiddin sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan keadaan dan kedukan kerajaan namun ikhtiarnya itu tidak membuahkan hasil.

Menurut menteri tugas-tugas khas itu, peletakan jawatan adalah pilihan terakhir yang ada pada Muhyiddin selepas bilangan ahli parlimen yang menyokongnya menyusut dan tidak mencukupi ntuk meraih majoriti di Dewan Rakyat.

“Maka ini adalah tindakan yang betul dan terhormat untuk Muhyiddin mengikut perlembagaan, dan terserah kepada Agong sama ada mahu menerima peletakan jawatan tersebut atau tidak,” katanya.

Kelihatan sangat tenang

Pun begitu, menurut Mohd Redzuan pihak yang bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Muhyiddin dan PN tidak boleh bergembira atau meraikan perkembangan berkenaan buat masa ini.

Terjadi sesuatu di fb pm

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima, blok Bersatu masih memiliki sokongan terbesar berbanding mana-mana kumpulan lain.

Ia termasuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim atau pengerusi penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad.

Umno juga, katanya, tidak mendapat sokongan majoriti dalam kalangan ahli parlimen.

“Maka terserah kepada Agong untuk menggunakan kebijaksanaan baginda bagi membuat keputusan. Kami mengikut perlembagaan, tak boleh membantah.

“Kami katakan kami ada 100 ahli parlimen, terpulang kepada Agong untuk putuskan,” katanya.

Ditanya suasana semasa Muhyiddin mengumumkan rancangannya itu di depan ahli-ahli parlimen Bersatu, Mohd Redzuan berkata, ahli parlimen Pagoh terbabit tidak menunjukkan perasaan sedih.

“Tidak… dia sangat tenang, dia seorang yang berprinsip,” katanya.

Untuk rekod sekiranya peletakan jawatan itu diperkenankan Agong selepas ini, Muhyiddin akan mencatat sejarah sebagai perdana menteri paling singkat di Malaysia setakat ini.

Dia – yang sebelum ini menjadi timbalan presiden Umno sebelum dipecat parti terbabit – dilantik menjadi perdana menteri hasil Langkah Sheraton kira-kira 15 bulan lalu.

Rekod perdana menteri paling singkat sebelum ini dicatatkan Mahathir yang memimpin kerajaan PH selama 22 bulan sebelum dia meletak jawatan pada 23 Feb tahun lalu.

Siapa yang akan pegang jawatan PM selepas ini

Sekiranya seseorang perdana menteri didapati kehilangan majoriti sokongan, Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan dia hendaklah meletakkan jawatan atau memohon pembubaran parlimen, kata penganalisis politik, Prof Mohammad Agus Yusoff.

Jelasnya, meletak jawatan adalah pilihan perdana menteri dan bersetuju dengan permintaan pembubaran parlimen pula merupakan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 40(2)(b).

“Setelah perdana menteri meletak jawatan, soal pemilihan jawatan itu adalah kuasa budi bicara Agong untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

“Siapa Agong akan pilih? Mengikut konvensyen, Agong akan meminta ketua pembangkang terlebih dahulu untuk membuktikan dia mempunyai majoriti.

“Sekiranya tidak ada, Agong akan meneruskan pertimbangan baginda untuk memilih sesiapa yang pada pandangan baginda mendapat sokongan majoriti ahli dewan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tulisan itu merujuk kepada isu keabsahan majoriti yang kini dihadapi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas didakwa tidak lagi mendapat sokongan yang cukup untuk terus menerajui negara.

Pada 13 Ogos lalu anggota parlimen Pagoh itu menegaskan dia tidak akan meletak jawatan kerana ketika ini tiada mana-mana ahli parlimen yang mendapat sokongan majoriti ahi Dewan Rakyat.

Tak bentang undi percaya

Bagaimanapun kenyataan itu dikecam pelbagai pihak kerana dianggap membelakangkang kuasa Agong yang mempunyai peranan menentukan tahap sokongan tersebut.

Hari ini Malaysiakini melaporkan, Muhyiddin dijadual menghadap Agong untuk mempersembah maklum hasratnya meletak jawatan.

Bagaimanapun terserah kepada baginda untuk menerima peletakan tersebut atau sebaliknya.

Agus menjelaskan, seseorang perdana menteri tidak boleh diganti dengan timbalan perdana menteri secara automatik, sebaliknya proses lantikan itu harus bermula dari awal.

Hanya selepas Agong berpuas hati ada calon yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti ahli dewan, barulah perdana menteri baru boleh dilantik.

Merujuk kepada peristiwa peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada 18 tahun lalu, Agus berkata, timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi dilantik mengisi kekosongan berkenaan.

Ini kerana Agong ketika itu yakin dia memiliki sokongan majoriti ahli dewan.

“Apa berlaku setelah Agong memilih perdana menteri? Perdana menteri yang baru dilantik perlu mendapatkan undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat.

“Dalam sejarah kita, perdana menteri yang tidak membentangkan undi percaya di dewan setelah dilantik ialah perdana menteri sekarang,” katanya.

Pada masa sama pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia iut berharap siapa pun yang dilantik selepas ini, tokoh tersebut diharap mampu mengurus negara dengan baik kerana tanggungjawab yang menunggu adalah berat.

“Kita akan terus memainkan peranan untuk menegur dan mengkritik kepemimpinan baru.

“Menegur dan mengkritik bukanlah bermaka kita menyokong kerajaan atau pembangkang, tetapi tanggungjawab kita bersama untuk menjaga negara,” katanya.

Terjadi Sesuatu Pada FB PM

Hasil risikan, rakyat Malaysia masih mengharap Muhyiddin kekal menjadi PM.

“Dia Cuba buat yang terbaik ,wlaupun Tak boleh puaskan hati semua rakyat ,itu lah ABAH .jarang sangat dengar dia bersuara tentang hal² politik ..and setahun sy dia tak pernah burukkan parti2 yg Tak seanggapan dengan dia…kami rakyat Malaysia berharap abah kekal menjadi pm Malaysia ..please stay abah” – Izham

“Semoga Allah sentiasa ada, mengrahmati segala usaha PM kita dan pertugas2 semua, dan pada rakyat yang sudah bertukus lumus korban dalam segala hal..Tahniah kalian” – Diana

Sumber: Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *