Hiburan

Tak Tertanggung Airmata Bila Shuib Akhirnya Dedahkan Perbualan Terakhir Sblm Arwh Sarah Ditidurkan

Tidak dinafikan, terasa bagaikan baru semalam Bidadari Syurga kepada seorang pelawak terkenal iaitu Siti Sarah.

Dia telah pergi meninggalkan kita, seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan pemergian penyanyi yang disegani ramai itu.

Terbaru, Shuib atau nama sebenarnya memuat naik sebuah video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di laman YouTube pada Jumaat.

terasa bagaikan baru semalam Bidadari Syurga

“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” ujarnya.

Menerusi rakaman perbualan terakhir tersebut, Shuib meminta Sarah untuk terus kuat melawan penyakit itu.

“Ibu… ini satu step ni je you kena lepaskan… you minta dengan Allah kuatkan semangat you, InsyaAllah lepas ni kita tengok baby kita.”

“Ibu… sumpah I sayang you sangat,” kata Shuib dalam rakaman tersebut dengan nada yang begitu sebak.

Bukan itu sahaja, malah Shuib turut mendedahkan bahwa penyampaian Siti Sarah untuk lagu tersebut sangat berbeza.

Seolah-olah sudah mengetahui bahaa dia akan pergi ke negara abadi selama-lamanya.

“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu.

Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.”

“Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” katanya.

Video muzik (MV) Tinggalkan Diriku di laman Youtube:

You jangan nangis… daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!”

Tinggalkan Diriku merupakan ciptaan Aidit Alfian.

Lagu ini dirakam pada tahun 2002 dan dilancarkan pada tahun 2003 melalui album Mimpi Pun Sama.

Lagu ini sudah berada di semua platform digital dan MV pula akan disiarkan melalui YouTube Shuib Channel mulai Jumaat.

Sekadar rekod, Terdahulu, Shahmira Muhamad (Shuib) telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Siti Sarah Raissudin.

Dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan yang terbaru Ayyash Affan.

Ayyash Affan dilahirkan secara pramatang pada 6 Ogos lalu ketika Siti Sarah bertarung nyawa kerana jangkitan Cvid-19.

Dan beberpa hari selepas itu, Siti Sarah disahkan menghembuskan nafas terakhirnya.

Siti Sarah, 37, pergi buat selama-lamanya pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)

Allahyarham Siti Sarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di mana sama dengan ibunya, Allahyarham Nur Aini Mohamad yang meninggal dunia pada 26 Jun 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit, disemadikan.

Sumber : Y0Y

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *