Semasa

Hampir 10 Kereta Peronda Kejar Pemandu Wira ini, Rupanya Bukan Sebarangan Pnjenaayah

Jika kita merupakan penonton drama bersiri ataupun filem Gerak Khas terbitan syarikat produksi milik Datuk Yusof Haslam, pasti sering melihat adegan kejar-mengejar pihak berkuasa dengan penjenayah.

Namun, dalam kehidupan realiti, situasi tersebut sukar dirakam kerana situasi yang panik serta merbahaya untuk oran awam yang cuba mendekati kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @syiema_manaf.

Dia telah merakam satu adegan kejar mengejar antara pihak polis dengan warga asing yang cuba lari dari pemeriksaan pihak berkuasa telah berjaya dirakam.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Tak Tahan Suami Asyik Pakai Seluar Dalam

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat dengan jelas beberapa kenderaan polis seperti kereta peronda dan motosikal telah mengejar seorang lelaki yang menaiki kereta Proton Wira.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menyamakan  situasi terbabit sama seperti drama dan filem Gerak Khas yang mengetengahkan jalan cerita berbentuk kepolisian.

“Macam Tengok Gerak Khas..”

“Polis Malaysia Memang Terbaik..”

Dalam pada masa yang sama, mereka turut memuji tindakan cekap pihak berkuasa yang segera bertindak dan memberkas individu mencuringakan.

Lelaki berkenaan yang telah terperangkap terus membuka pintu kereta dan berlari untuk mengelakkan diri dari dicekup pihak polis.

Namun, tindakannya sia-sia kerana akhirnya dia berjaya ditahan dan dibawa menaiki kenderaan pihak berkuasa.

Tak hanya itu, individu yang merakam video berkenaan juga diberi kredit memandangkan rakaman dan jalan cerita kejadian jelas dan senang difahami.

Sumber: TikTok @syeima_manaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *