Semasa

“Sampai beruIat..” Isteri yg Dibuang Suaminya Dlm Hutan Kerana Penat Jaga Sbb Strok, Akhirnya Telah Diselamatkan

Hanya kerana tidak mahu menjaga isteri yang diserang strok, seorang suami tergamak meninggalkan wanita berkenaan seorang diri di dalam hutan.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku itu telah menjadi perbualan hangat netizen selepas dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Andree di Facebook.

Kelihatan makanan yang dibawa juga sudah tidak boleh dimakan, dan penuh uIat dan setangga berkerumun.

“Siapa yang mengenali wanita ini, sila hubungi keluarganya. Katanya dah 3 hari ditinggalkan di dalam hutan oleh suaminya sendiri.”

Hasil maklumat daripada penduduk di sekitar sana, wanita yang ditemui di dalam hutan itu bernama Ikah berusia 50 tahun dan merupakan warga Desa Lewo di Kabupaten Garut, Jawa Barat, Indonesia.

Menurut Ketua Kampung Lewa Wetan, Nova Wylian mengesahkan bahawa wanita terbabit pernah menjadi penduduk kampung itu, bagaimanapun dia telah berpindah ke Cianjur bersama suaminya.

Lebih menyedihkan lagi apabila punca wanita berkenaan ditinggalkan di dalam hutan adalah disebabkan suaminya enggan menjaganya lagi selepas diserang strok.

Ujarnya lagi, selepas ditemui, Ikah telah dibawa ke hospital di kawasan Karawang untuk pemeriksaan selanjutnya.

Walau bagaimanapun, ahli keluarga wanita terbabit sudah ambil maklum berhubung perkara itu dan telah menjemputnya pulang bersama.

Sumber : Tribun News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *