Bantuan Kerajaan

Syarat mohon i-Citra lebih mudah, yang hilang pekerjaan dan sedang bekerja boleh memohon

MELALUI fasa Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) ini, ramai yang terkesan dari segi ekonomi akibat kehilangan punca pendapatan.

Susulan itu, rata-rata rakyat Malaysia gusar tentang masa depan mereka.

Lebih menyedihkan, ada yang terpaksa berhutang demi menampung kelangsungan hidup.

Episod kesusahan, keperitan hidup rakyat sering mendapat perhatian di media.

Justeru, kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperkenalkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Ini untuk membantu ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa KWSP akan memperkenalkan skim pengeluaran baru i-Citra bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas.

PENGELUARAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada orang ramai yang terkesan.

Ini akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Semalam, KWSP telah mengumumkan butiran lanjut mengenai permohonan skim pengeluaran ini.

Antara mereka yang layak memohon ialah pencarum berumur 55 tahun ke bawah. Ia termasuk bagi bukan warganegara dan pemastautin tetap.

Selain itu, pemohon perlulah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan dibuat.

Antara ciri keunikan i-Citra ialah pekerja dari sektor perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen juga boleh memohon.

Bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Syarat mohon i-Citra lebih mudah, yang hilang pekerjaan dan sedang bekerja boleh memohon

Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000 di mana bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.

Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.

Syarat mohon i-Citra lebih mudah, yang hilang pekerjaan dan sedang bekerja boleh memohon

Bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dalan akaun 2 dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan daripada Akaun 1 akan digunakan.

Bagi yang memiliki baki akaun yang kurang, bayaran minimum adalah sebanyak RM50 dan ia perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang jika ada.

Korang boleh mengemukakan permohonan i-Citra mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021 secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my.

KWSP bagaimanapun memaklumkan portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021 nanti.

Manakala maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Skim pengeluaran ini lebih mudah berbanding skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar yang lalu.

Diharapkan langkah ini dapat membantu mereka yang terkesan sepanjang musim pandemik ini.

6 Perkara Tentang Pengeluaran I-Citra KWSP Anda Perlu Tahu

1. Melalui i-Citra, kira-kira 12.6 juta anggota KWSP akan dapat mengeluarkan wang simpanan mereka sehingga RM5,000, bergantung pada jumlah yang ada dalam akaun ahli tertakluk baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.

2. Pembayaran akan dibahagikan kepada lima bulan dengan harga RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

3. Para ahlli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra melalui portal icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021

4. Pembayaran pertama akan dikreditkan ke dalam akaun ahli pada Ogos 2021.

5. Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

6. Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Syarat mohon i-Citra lebih mudah, yang hilang pekerjaan dan sedang bekerja boleh memohon

Terdahulu, I-Lestari diperkenalkan pada PKP1.0 bagi kemudahan ahli mengeluarkan wang simpanan dari akaun 1 KWSP.

Kemudian, pada 8 Mac 2021, skim i-Sinar pula diperkenalkan untuk membantu para ahli membuat pengeluaran akaun 2 KWSP. Ia yang bakal berakhir pada 30 Jun ini.

Diharapkan dengan adanya skim pengeluaran i-Citra ini, nasib para ahli KWSP yang terjejas dari segi ekonomi dalam menghadapi pandemik ini terbela.

Sumber: KWSP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *