Semasa

Tiba² Dunia Terkejut Lihat Tangmo Muncul Secara Live, Rupa-rupanya Selama ini Tangmo Dikatakan Pernah Berkongsi ‘Password’

Pihak berkuasa Thailand dijangka mengenal pasti individu yang menyebarkan gambar dan video mendiang Tangmo dalam tempoh tujuh hari ini.

Menerusi laporan Pattaya Mail, Pesuruhjaya Biro Siasatan Jenayah Siber, Pol Lt Gen Kornchai Khlaikhlueng berkata, organisasinya sudah meminta pengendali telefon mudah alih.

Terbaru, menerusi perkongsian Thairath mendedahkan beberapa status yang dimuat naik di laman Facebook dipercayai milik Tangmo.

Bagaimanapun status-status tersebut menimbulkan 1001 spekulasi dan individu berkenaan dilihat seolah-olah ingin mendedahkan sesuatu yang tidak diketahui ramai.

Menerusi status pertama yang dimuat naik pada jam 11.23 pagi memaparkan foto Tango daripada belakang dan status tersebut mendakwa dia telah didera oleh rakan yang dia sayang dan percaya.

“Saya telah didera oleh rakan yang sayang dan percayai.”

Bercerita lebih lanjut, status seterusnya yang dimuat naik pada pukul 4.01 petang menjelaskan dia (Tangmo) tidak pergi ke mana-mana dan masih menunggu kebenaran daripada lima individu.

“Saya belum pergi mana, masih menunggu kebenaran daripada 5 orang. Jika tak mahu cakap benar, saya akan umum semua perkara yang berlaku atas speedboat malam kejadian kepada semua orang tahu.

Delete semua details dalam handphone.. Jangan ingat tak boleh recall balik ya kawan-kawan baik ku.”

Status yang turut mencuri perhatian adalah status yang kelima dimuat naik pada jam 8.30 malam menerusi Facebookstory.

“Ini Mo. Semua orang, jangan tinggalkan Mo. Mo akan menunjukkan kebenaran, Mo tidak mahu apa-apa selain cinta yang semua orang berikan kepada Mo sekarang.”

Ujar Peguam Decha, ibu kepada Tangmo menjelaskan dia sama sekali tidak menggunakan Facebook akaun milik anaknya.

Terdahulu, Tangmo dilaporkan lemas selepas terjatuh dari bot laju yang dinaikinya bersama lima orang lain di Sungai Chao Phraya di wilayah Nonthaburi.

Pihak polis menamatkan siasatan dan mendakwa rakan-rakan Tangmo memandu bot laju itu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Namun begitu, beberapa pihak mendakwa Tangmo dibunuh dan semua yang berlaku telahpun dirancang dengan rapi.

Sumber: Pattaya Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *