Semasa

Dikatakan BeIagak Dah Pergi Mekah 3x Tapi Masih Tak Bertudung, Akhirnya Ini yg Berlaku kpd Ifa Raziah

Baru-baru ini tular video di apklikasi TikTok mengenai pelakon dan penyanyi Ifa Raziah mengenai isu menutup aurat.

Menerusi video dikongsikan oleh pengguna TikTok @Nazrul_Al_Bangsari itu, Ifa mengatakan dia sudah tiga kali di jemput ke Tanah Suci mekipun belum menutup aurat.

Tindakkan Ifa Raziah itu akhirnya menerima padah, apabila rata-rata netizen mula mengecamnya.

Mengakui dirinya tidak sempurna, Ifa turut mempersoalkan bagaimana pula jika menutup aurat namun masih mengata orang.

Malah, dia pernah berjumpa dengan wanita bertudung tetapi tidak menunaikan solat.

“Banyak benda lagi kita boleh ingat pada Allah, bukan setakat menutup aurat. Kalau setakat menutup aurat tapi tak solat, berzikir, tak buat amal jariah tak guna juga. Itu salah satunya.

“Kita pun tak sempurna, banyak kekurangan.. Banyak juga orang yang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah atau haji.

Tapi saya, belum pakai tudung tapi Allah dah jemput saya tiga kali dah.

“Kalau aurat jaga tapi semua tak lengkap macam mana pula? Cuba jawab.

Kalau pakai tudung tapi mulut jahat, dok mengata orang, fitnah orang. Saya pernah jumpa wanita bertudung tapi tak solat,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kenyataan selebriti itu. Kata netizen lagi, menutup aurat itu wajib serta mendoakan agar penyanyi itu diberikan hidayah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *