Semasa

Suami nak kahwin dengan staff gadis 19 tahun tapi direject, dah la saya hamil dia tuduh saya plan sebab tu kena tolak

Gambar hanyalah ilusi. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam min. Saya dan suami meniaga dari zaman pasar malam hingga dan buka kedai. alhamdulillah. peniagaan kami baik2 dan maju. yang saya nak ceritakan ni adalah saya dah habis idea nak pujuk suami. Suami saya minta kawen lagi 1 min. tapi dia tak ada calon.

Dia suruh saya yang cari. jadi saya carikan. saya calon kan dia dengan staff saya yang dia selalu sebut2 nama. Hari ini saya calonkan.

Esok waktu ada makan2 terus staff saya kata cancel, alasan dia sebab mak dia dan keluarganya tak izin dia ambil atau kawen suami orang. untuk makluman min staff saya muda. baru 19 tahun.

Saya dan suami dah 20+ tahun. suami tuduh saya yang plan, tak redha dan tak ikhlas. sebab tu staff dia reject suami saya. saya betul2 buntu.

Untuk makluman min saya mengandung dan suami tau tapi selepas dia tau staff reject ya allah saya terus disisihnya. saya nak minta semua tolong doakan saya.

Selama saya mengandung saya dah banyak menangis. dah banyak tanggung derita. saya dah cuba segalanya untuk memenuhi kehendak suami. balik kampung suami.

Family dia maarah2 saya tentang suami. balik rumah suami kata saya berkomplot dengan keluarga dia. saya sedih. duduk mana2 pon saya sentiasa salah. saya dah habis cara.

Saya kesian kat dia semalam dia kena reject. bila saya tanya dia kata saya pula plan segala. ya allah saya dah buang ego, dan buang sifat negatif segalanya untuk suami.

Dia kata saya suka buat muka. ya allah.
untuk makluman semua suami saya memang ada beritahu dia tawar hati dengan saya sebab saya suka tuduh dia ada perempuan lain..

Saya tak ade niat tuduh. saya nak tanya. cuma mungkin saya terkasar cara. maaf kalau penceritaan saya kucar-kacir. saya sedih . Tolong doakan saya

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum, Aku Aminah (bukan Nama sebenar), awal 30-an, sudah berkahwin selama 5 tahun dan dikurniakan anak lelaki seorang. Straight to the point, aku risau dimadukan.

Masa aku mula2 nak kahwin dulu, aku cakap dengan bakal suami yang aku tak kisah dimadukan, asalkan aku kenal dan boleh kawan dengan bakal madu aku.

Jujurnya masa tu aku tak rasa dia akan buat, sebab dia lebih sayangkan aku dari aku sayangkan dia pada waktu tu. I know, what I did was stupid, and I’ll tell you why.

Fast forward, masa aku mengandung anak pertama kami, aku ada perasan yang dia kerap sebut nama rakan sepejabat dia, Liana (bukan nama sebenar).

Aku pernah jumpa Liana, bersalam laga pipi gelak2 lagi, dia orang yang baik pada mata aku. Muka pun manis, senang citer boleh buat kawan. Masa suami sebut nama Liana, selalunya untuk cerita tentang kerja mereka yang sering terpaksa work together, sebab mereka berlainan jabatan.

Aku mula rasa tak sedap hati bila dia mula cerita personal details, isu atau masalah yang Liana sedang hadapi dengan rakan sekerja, atau masalah keluarga Liana. Aku pernah tanya dia, “abang suka Liana ke?” Dia terdiam.

Dia cakap, “suka, tapi suka macam kawan je la.” Aku puas hati dengan jawapan tu dan tak tanya lagi. Sepanjang aku mengandung, memang kerap muncul nama Liana dalam perbualan kami, dan dia agak bersemangat bila sembang tentang Liana.

Aku dah rasa tak sedap hati, mungkin naluri seorang isteri kot. Tapi aku cuba untuk fikir positif, dia hanya nak jadi kawan yang baik pada Liana. Tapi…… Kan tak manis suami orang selalu berkepit dengan anak dara?

Hmmmmmm.. Aku diam je, taknak melayan perasaan, sebab pikir ni horm0n mengandung ni, saja nak kacau emosi aku.

Sebab sepanjang aku mengandung memang suami layan aku baik je, apa yang aku ngidam dia carikan, bila aku tak larat masak dia akan masak atau beli bekal, bila badan saakit2 dia akan tolong urutkan. Memang loving husband.

Suami kerja di Kuala Lumpur, kampung aku di selatan tanah air. Jadi masa pantang, aku dijaga oleh Mak aku. Suami ambil cuti seminggu, untuk jaga aku dan anak kami kemudian terpaksa kembali bekerja.

Program All Together NowMalaysia Dihentikan, Ini Tindakkan Mengejutkan Peserta ini

Kami sangat gembira dengan kelahiran anak kami, memang comel dan sempurna rezeki Allah ni. Suami akan balik setiap 2 minggu, dan ambil cuti sampai 4 hari setiap kali dia balik untuk tengok aku dan anak.

Sebelum dia naik bas dari KL pada trip dia yang kedua, dia message aku dan cakap ada benda nak discuss bila sampai nanti.

Aku pun happy la, sebab ingat dia nak plan honeymoon trip ke, nak suruh aku pilih hadiah apa aku nak sebab lahirkan anak dia ke, hehe. Jadi masa dia sampai rumah dan sedang berehat, aku tanya dia, “abang nak discuss apa dengan ayang?” Sambil senyum2.

Dia cakap petang nanti kita keluar rumah jap, bincang kat luar. Masa ni aku 50/50, nak rasa happy ke atau nak rasa debar?

Kami pun keluar petang tu, jalan2 kat shopping mall beli barang baby sikit. Masa tu aku baru habis pantang 45 hari, sebab tu boleh keluar. Masa dalam kereta aku tanya dia, “haa ape abang nak bincang dengan ayang?”

Dia diam, kemudian kata, “abang rasa abang dah sayang sangat kat Liana, dan abang nak kahwin dengan dia. Macam mana, ayang setuju tak?” Aku ingatkan dia main2 masa tu. “Abang serious ke?

Kenapa abang kata abang sayang dia?” Dia diam lepas tu berkata, “abang nak tolong dia. Dia perluukan pertolongan abang.” Kemudian dia cerita panjang lebar kenapa. Aku terkedu.

Dalam kepala Aku fikir, is this really happening? Aku baru je melahirkan anak dia, dia pikir nak kahwin lain? Dunia aku kelam, aku menangis sambil dakap anak kami. “Sampai hati abang buat ayang macam ni.

Tak cukup ke ayang seorang? Apa kekurangan ayang? Bagitau ayang, ayang boleh berubah.” Kemudian dia kata, “ayang tak kurang apa2, abang sayang ayang. Tapi abang sayang Liana juga.

Abang dah bagitau hasrat abang nak kahwin dengan Liana, tapi hanya kalau ayang terima. Ingat tak ayang pernah bagitau abang dulu yang ayang tak kisah kalau abang kahwin lain?” Gelap dunia aku.

Padan muka kau, sendiri jerat diri. Kami tak sambung berbincang sebab aku menangis teruk, dan kami nak kena balik rumah Mak aku masa tu.

Dia minta aku fikirkan permintaan dia, dan jangan bagitau family aku. Lepas 4 hari bercuti, dia pun pulang ke KL. Dan sepanjang aku di kampung memang aku kadang2 menangis. Aku bersyukur aku tak meroyan.

Rumah mertua aku di melaka, jadi bila tempoh 3 bulan tamat, suami aku datang untuk bawa aku pulang ke KL, dan kami singgah di rumah mertua. Aku terpaksa berlakon yang aku happy dan normal, sedangkan hati aku saakit pada waktu tu Allah saja yang tahu.

Kami tidur 2 malam di rumah mertua, malam pertama lepas baby dah tidur dan suami pun tidur, aku ambil handphone suami dan baca WhatsApp message dengan Liana.

Tiada kata2 cinta, banyak hal hal kerja. Tapi aku jumpa juga beberapa message sweet, dan juga perbincangan tentang masa depan mereka, dan hati aku remuk.

Aku double check tarikh dan waktu dia message dengan Liana, adalah sama dengan waktu dia message dengan aku masa aku di kampung. Aku menangis weih.

Aku save no phone Liana, kemudian aku WhatsApp dia dan perkenalkan diri. Aku cakap, aku tahu dia seorang perempuan yang baik, tapi aku tak cukup kuat untuk bermadu, berkongsi suami.

Aku baru melahirkan anak, kena kongsi suami dengan anak, aku tak cukup kuat untuk kongsi dengan madu. Dia tak habis2 minta maaf kat aku, dan cakap memang dia taknak kahwin dengan suami aku sebab dia taknak kifarah.

Dia kata dia minta maaf keluar makan dengan suami, minta maaf sebab mungkin sebab dia banyak kongsi peribadi dia dengan suami sampai suami terjatuh hati pada dia.

Dia tak sayang pun suami aku, cuma sebab suami aku banyak mendengar cerita dia jadi hati dia terlembut sikit kat suami aku. Aku bagitau dia, suami aku memang sayang dia, sebab aku boleh nampak dalam mata suami aku.

Dia sayang Liana sama banyak macam dia sayang aku. Aku pernah cakap kat suami aku, “kalau abang nak kahwin dengan Liana, abang craikan ayang.” Dia taknak, dia kata dia sayang aku dan anak, tapi dia sayang Liana juga.

Dia bagitau, dalam Islam poligami dibenarkan dan tak perlu minta kebenaran isteri untuk kahwin lain, tapi atas dasar sayang pada aku, dia bagitau aku hasrat dia untuk kahwin lain.

Which is true, but the heart still hurts. Sejujurnya dia seorang suami yang baik, aku rasa dia boleh berlaku adil sekiranya beristeri dua, tapi aku tetap ada perasaan risau, kalau dia tak adil nanti macam mana aku dan anak2 nak hidup?

Dipendekkan cerita, Liana tolak lamaran suami aku, dan berkahwin dengan lelaki lain tak lama lepas tu. Masa aku tahu, aku rasa aku wanita paling bahagia di dunia, tapi pada masa yang sama aku rasa kasihan kat suami aku.

Orang yang dia sayang kahwin dengan lelaki lain. Aku minta maaf kat dia, disebabkan kebodohan aku mengeluarkan statement yang aku tak kisah bermadu, dia memberikan hati dia pada seorang perempuan yang telah menghncurkannya.

I’m sorry Bie. Aku tarik balik statement aku. Dia banyak diam bulan tu, bila dirumah dia banyak luangkan masa dengan anak kami, atau mendengar muzik di headphone.

Lepas sebulan dua, baru keluarga kami menjadi seperti sediakala. Dia kata, dia minta maaf sebab buat Aku stress masa dalam pantang, buat aku menangis. Dia kata lepas ni dia simpan je lah semua perasaan dia dalam diri. Hmmmmmm..

Anak kami dah hampir 3 tahun sekarang dan aku sedang mengandung anak kedua. Aku jadi risau balik, sebab kebelakangan ni suami aku kerap menyebut nama rakan sekerja dia, kali ni Huda (bukan nama sebenar).

Huda ni janda anak 2, lebih berumur dari suami. Again, atas faktor kerja mereka perlu bekerjasama untuk menggalas tugas yang diberikan.

Kadang2 perlu outstation jumpa clients, bukan berdua tapi dengan beberapa rakan sepejabat yang lain juga. Cuma ye lah, bila kerja luar, bukankah kita akan lebih mengenali seseorang?

Aku selalu dengar nama Huda, tapi aku hanya pernah jumpa dia sekali. Aku tak berapa berkenan dengan dia, tapi tu as first time impression je.

Mungkin Huda seorang yang baik? Aku tak tahu nak kata kalau suami aku jatuh hati kat Huda atau tak, aku cuma risau. Aku risau, kalau dia minta untuk kahwin lain.

Korang semua berdoalah semoga dia tak sayang Huda macam dia sayang Liana dulu, berdoalah dia hanya sayang aku dan anak2, berdoalah kalau betul aku dimadukan nanti aku boleh jadi kuat.

Aku tak tahu sama ada aku rela dimadukan, tapi kalau ia tertulis sebagai takdir aku, aku terpaksa terima. Doakan yang baik2 untuk aku dan anak2. Doakan aku tak meroyan time pantang nanti. Terima kasih semua.