Semasa

“Silap Org BuIi..” Gara² MemukuI dan Menghiina Gelandangan, Lelaki Lalui Detik Menakutkan

Budaya membuli merupakan satu perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Bukan sahaja pelajar sekolah, bahkan orang dewasa juga tidak terkecuali dari budaya buli ini.

Semalam tular satu video menunjukkan seorang pekerja syarikat penghantaran barang yang mengacau serta membuli seorang gelandangan.

Kejadian itu telah mengejutkan ramai pihak. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen berasa sangat marah dan geram.

Namun berpuas hati selepas tindakan pemuda itu akhirnya ditangkap serta memuji sikap orang sekeliling yang membantu membela gelandangan itu.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

“Baru tau padan muka..”

“Elok buang je kerja..”

“Baru ada akal..”

Dari video itu, dapat dilihat pekerja tersebut mengacukan sebatang mercun das yang dinyalakan ke arah gelandangan yang sedang berehat itu.

Video yang berdurasi selama tiga minit 27 saat itu dimuat naik semula oleh seorang pengguna bernama Lawrence J yang tidak berpuas hati dengan tindakan pekerja tersebut.

Namun begitu, tindakan pekerja tersebut yang membuli serta merakam tindakannya itu berjaya ditangkap dan dia telah dipaksa untuk memohon maaf kepada gelandangan itu.

Staf Akui Kesilapan BuIi

Menerusi video tersebut juga dapat dilihat, majikan kepada pekerja tersebut memintanya untuk melutut serta mencium kaki gelandangan itu sebagai tanda maaf atas perbuatannya.

Semoga kita semua mengambil iktibar dari isu ini dan tidak terjebak dengan budaya membuli ini.

Kredit: Facebook Lawrence J

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *