Semasa

Tidak Mahu Terus Terpalit, Akhirnya Sharifah Shawati Dedahkan Sesuatu Mengejutkan Tentang Zalina Azman

“Insya-Allah, saya pasti dia (ZaIina) akan ditemui..”

Itu luahan bekas personaliti TV3, Sharifah Shawati Syed Mohd yang berharap semoga Allah SWT mempermudahkan penemuan semula rakan seperjuangan ketika bertugas di TV3, ZaIina Azman yang dilaporkan hiIang kira-kira lapan bulan lalu.

Menurut Sharifah Shawati, dia juga berdoa semoga Allah turut melindungi ZaIina atau mesra disapanya dengan panggilan Zal, walau di mana jua berada serta di dalam apa juga situasi yang dialaminya sekarang.

Katanya, apa yang diketahui ZaIina juga sudah berkahwin baharu selepas meninggalkan TV3 dan memberi fokus kepada perniagaan diusahakannya.

“Selepas tinggalkan TV3, dia memang nak ‘a low profile life’ sebab dia sudah berkahwin dan dapat anak baru serta fokus pada perniagaan dan hal-hal keagamaan. Apatah lagi, dia juga sudah berhijab.

“ZaIina yang saya kenal, dia memang professional and ‘very intelligent person’. We clicked in TV3 because of that.

“Dan, dia memang tak suka heboh-heboh sangat tentang hal peribadi dia,” katanya lagi.

Mengimbau kenangan lalu mereka, Sharifah Shawati yang berkongsi keratan akhbar HarianMetro yang masih disimpannya, menunjukkan foto dia dan ZaIina yang bergambar bersebelahan.

“Sedih tengok gambar lama ini. Apatah lagi, scarf yang saya pakai dileher itu adalah hadiah daripada Zal sempena hari jadi saya pada masa itu.

Sebak tengok muka emak ZaIina

“Semalam pun, sebak juga tengok muka emak dia yang amat se-dih.

“Saya tak boleh bayangkan kesedihan yang dirasakan oleh emaknya kini.

“Apapun, semuanya ada jalan penyelesaian. Saya harap dia ingat semua yang berlaku ini pun datangnya daripada Allah,” katanya.

Kelmarin, pihak media melaporkan poIis giat mencari ZaIina yang dilaporkan hiIang sejak November tahun lalu.

Sebelum ini, pihak poIis menerima laporan daripada anak lelaki ZaIina, Mikhael Norman berhubung kehiIangan ibunya itu pada 29 November tahun lalu.

ZaIina dilaporkan hiIang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hspital.

Rumah ZaIina sunyi, terbiar

Dalam pada itu, ZaIina Azman yang dilaporkan hiIang sejak November tahun lalu didakwa kurang bergaul dengan jiran tetangga.

Susulan itu, ada jiran hanya mengetahui ZaIina tinggal di kawasan perumahan mereka di Sksyen 3, di sini selepas hebahan poIis dan berita kehiIangan yang dilapor semalam.

Tinjauan di kediaman ZaIina mendapati, keadaan rumah itu seperti sudah lama ditinggalkan dengan pagar rumah seperti dalam pembinaan.

Seorang penghuni kawasan itu, Mohammad Bokhari Shariff, 76, berkata, dia tidak pernah bersua muka dengan ZaIina.

” Saya lihat rumah itu sedang melalui proses ubah suai yang seakan-akan hendak dijadikan pejabat tetapi proses itu terhenti beberapa bulan sebelum kehiIangannya, tahun lalu.

” Saya mengetahui kehiIangannya sebaik poIis datang menemui saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

” Namun saya rasa dia jarang tinggal di situ, cuma perasan ada sebuah kereta mewah hitam selalu parkir di rumah itu dan rasanya ia mungkin kereta dia (ZaIina),” katanya.

Sumber: HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *