Kuala Lumpur: Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mara ke suku akhir acara keirin.
Ia selepas menduduki tempat kedua saingan repecharge di Velodrom Izu di Tokyo 2020, hari ini.
Kejayaan itu membolehkan Shah Firdaus mengiringi Datuk Azizulhasni Awang berentap di suku akhir, esok.
Shah Firdaus sebelum itu c.edera bahu kiri dengan seluar dan bajunya terk.oyak apabila terbabit dalam kem.alangan ketika saringan kedua.
Di peringkat reperchage, Shah Firdaus memutuskan untuk berlumba biarpun pada permulaannya pegawai perubatan Institut Sukan Negara (ISN) tidak membenarkan untuk dia meneruskan aksi.
Beraksi pada pusingan repecharge terakhir, Shah Firdaus menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Browne Kwesi dari Trinidad and Tobago.

Dia dan seorang lagi pelumba yang terb.abit dalam kem.alangan itu tidak bermula apabila saringan kedua itu diulang semula dan hanya empat pelumba terbabit.
Shah Jatuh pic.twitter.com/PVIHoRCmzX
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) August 7, 2021
Jangan sentuh pelumba Malaysia
Itu a.maran diberikan netizen kepada pelumba lain yang sengaja menyebabkan pelumba basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom.
Ia selepas terjatuh pada saringan kedua acara keirin di Tokyo 2020, hari ini.
Pada pusingan berkenaan, Shah Firdaus terj.atuh ketika bersaing dengan beberapa pelumba lain hingga menyebabkannya mengalami kecederaan bahu.

Antara yang menjadi m.angsa netizen Malaysia adalah pelumba Great Britain, Jack Carlin yang dikatakan menjadi punca Shah terjatuh.
Dan netizen mula menyerang Facebook (FB) dan Instagram (IG) pelumba terbabit.
“Sangat memalukan, tiada semangat kesukanan, main kotor dan ini bukannya cara untuk memenangi pingat di Olimpik,” kata Ain Hamzah.

“Kamu tiada semangat kesukanan dan tidak patut menyertai acara berbasikal kerana jelas kamu mengayuh untuk melan.ggar Shah,” kata Tuah Jebat.
Ramai serang ig dia smpi x leh komen
Jenis buat muka tak bersalah
Tetap Teruskan Perjuangan
Walaupun c.edera Shah Firdaus kemudian bersaing semula di reperchage sebelum menduduki tempat kedua dan mengiringi Datuk Azizulhasni Awang mara ke suku akhir acara keirin, esok.
Shah Firdaus yang cedera bahu akibat kem.alangan itu pada mulanya tidak bermula apabila perlumbaan saringan kedua itu diadakan semula.
Ini apabila pegawai perubatan Institut Sukan Negara (ISN) tidak membenarkan dia berlumba.
Reaksi Jack Carlin
Reaksi Jack Curlin pic.twitter.com/4L97mjbbHT
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) August 7, 2021
Kredit : HM/Astro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!