Semasa

Sengaja Perlahankan Kereta Untuk Lnggar Penunggang Basikal, Akhirnya Pemilik Axia ini Menceritakan Apa yg Terjadi Sebenarnya

Seorang penunggang basikal diIanggar sebuah kereta Axia pada pukul 7.15 pagi di Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur, hari ini.

Menerusi satu rakaman CCTV yang tular, kereta Axia berwarna merah tersebut seperti sengaja memperlahankan kelajuannya dan bertindak mengejut.

Pemandu Axia berkenaan menghimpit ke kiri sekali gus meIanggar seorang penunggang basikal yang sedang bergerak pada kelajuan perlahan.

Menurut pengguna Facebook, Hambali Rosni, penunggang basikal yang menjadi mangsa itu bernama Azran Ridzwan.

“Salam semua.. Sahabat kita Azran Ridzwan mengalami kemalangan di Jalan Kinabalu (Dataran Merdeka), diIanggar kereta dari belakang.”

Seorang penunggang basikal dilanggsebuah kereta Axia

“Lepas langgar kereta tu lari. Rakaman CCTV tak nampak nombor plat penuh, hanya nampak huruf depan sahaja *TCD*,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, Hambali turut berkongsi status terkini bahawa pemandu Axia yang melanggar Azran telah ditemui.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan ini telah pun membuat laporan polis berkaitan isu kemaIangan ini.

Dalam laporan tersebut, dia sedang berada di dalam pejabat, dan rakannya yang telah meminjam keretanya.

Rakannya juga mengakui telah terlibat dalam kemalangan tersebut.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

SUMBER/KREDIT : Hambali Rosni

Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *