Semasa

Wanita yg Hentak Batang Penyapu Dgn Kuat Terhadap Anak Angkatnya 3 Tahun, Akhirnya Terima Padah

Tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai didera oleh seorang wanita yang didakwa berlaku di sebuah kediaman di Semenyih, Selangor.

Menerusi rakaman dikongsi pengguna TikTok @meymockingjay itu, wanita tersebut dilihat bertindak kasar dengan menggunakan sebatang penyapu seolah-olah memaksa mangsa menjamah makanan.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Video yang tular itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mereka berharap supaya wanita itu dikenakan tindakkan.

Kesian anak angkat dia tu..

Janganlah guna batang penyapu

Trauma budak tu

Elok tangkap je

Rakaman berdurasi 23 saat itu turut memaparkan mangsa berusia sekitar tiga tahun menangis selepas dipukul di beberapa bahagian termasuk pipi sambil disaksikan oleh seorang lagi wanita.

Menurut @meymockingjay, mangsa merupakan anak angkat termasuk perakam yang didakwa berada di bawah jagaan suspek untuk bekerja.

Posting tersebut menerima hampir 480,000 tontonan selain ribuan komen netizen yang meluahkan rasa geram terhadap tindakan wanita terbabit.

Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok @theaqil7 mendakwa dia yang merakam aksi kejam berkenaan dan memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan polis.

“Saya akan buat penjelasan nanti, saya yang rakam video ini and dah buat report polis. Korang keep support me okay #justiceforalia,” tulis pemuda itu.

Walau bagaimanapun, belum terdapat sebarang kenyataan polis dikeluarkan berhubung kejadian berkenaan setakat ini.

Tonton VIDEO PENUH DI: TikTok @meymockingjay & @theaqil7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *