Semasa

Bayi Perempuan yg Kepalanya Tergantung pada Buaian di Rumah Pengasuh, Akhirnya Mninggal Dunia

Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan disahkan

Sekadar gambar hiasan

Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan disahkan meninggal dunia.

Ia dipercayai berlaku selepas kepalanya tersangkut pada kain buaian di pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan disahkan

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban iaitu Asisten Komisioner Nanda Maarof, mangsa yang dikenali dengan nama Nour Rania Asyifaa Yuseri dipercayai diberikan susu oleh pengasuhnya.

Kemudian ditidurkan dalam buaian bersama dua kanak-kanak lain di dalam sebuah bilik.

“Selepas itu pengasuh telah keluar dari bilik pada pukul 2 petang untuk tujuan tugasan lain.

Kemudiannya pada 3 petang pengasuh telah masuk semula ke bilik dan mendapati bayi itu dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian.”

Lamanya tergantung..

Kesiannya, sepatutnya tak berlaku

Lakukan CPR

Melihat mangsa tidak sedarkan diri, pengasuh terbabit terus mengambil mangsa daripada buaian.

Dan melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) tetapi kanak-kanak itu gagal bernafas semula.

Difahamkan, mangsa sempat dirawat oleh doktor di Klinik Kesihatan Sendayan namun disahkan meninggal dunia sekitar 4:30 petang.

Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar daripada buaian.

Dan tergantung pada kain buaian, manakala badannya masih berada di dalam buaian.

Menurut sumber, ketika kejadian, dua pengasuh berada di dalam rumah bersama-sama 15 orang kanak-kanak lain termasuk mangsa.

Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk dibedah siasat bagi siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo Online, Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *