Keluarga

Hanya Dipinjamkan Beberapa Jam Shj, Anak Sulong Azmi Saat Kembali ke Rahmatullah

PETALING JAYA – “Alat b.antuan pernafasan sudah dicabut. Kami sedang riba Afnan buat beberapa minit sehingga nafasnya yang terakhir”.

Itu pesanan mesej yang dikirimkan oleh penyanyi Azmi Saat kepada pengurusnya, Syahz Rahman (Syah) sebelum ini.

Ianya tentang perkembangan terkini anaknya, Khairul Afnan yang dilahirkan pada 27 September lalu.

Syah, mewakili Azmi yang gagal dihubungi memberitahu, penyanyi itu kini berada di hospital untuk menguruskan anaknya yang mengalami m.asalah kesihatan.

“Saya sendiri belum dalam menghubungi Azmi hari ini kerana panggilan telefon tidak dijawab.

Semoga azmi saat tabah hadapi dugaan

Namun menerusi hantaran terbaru Azmi Saat di lama Instagramnya, beliay memaklumkan anak sulongnya telah kembali ke Rahmatulah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

Sebelum ini, Azmi ada menghantar pesanan mesej malam tadi memaklumkan keadaan kes.ihatan anaknya.

“Ujar Azmi, Afnan terpaksa dipakaikan alat b.antuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu.

Doktor syak otak Afnan tidak berfungsi sebab dia tak bergerak,” kongsi Syah sewaktu berkongsi kiriman mesej yang dikirimkan Azmi kepadanya.

Ujar pesanan mesej oleh Azmi itu lagi, sehingga esok hari ini jika anaknya masih tidak bergerak, doktor bercadang untuk melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk melihat keadaan otak bayi itu.

Terdahulu, belum pun seminggu menyambut kelahiran anak sulung selepas penantian selama 10 tahun, penyanyi Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhammad diuji selepas anak mereka, Khairul Afnan dilaporkan berada dalam keadaan tidak s.ihat.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34, menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya.
Semoga azmi saat tabah hadapi dugaan
“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tidak sihat. Kami sedang diuji. Allah SWT mudahkan urusan kami sewaktu proses mengandung, tetapi sekarang Allah SWT nak uji kami.

“Allah SWT mudahkan proses bersalin, tetapi sekarang Allah SWT nak uji kami,” ujarnya.

Kata vokalis kumpulan Caliph Buskers itu lagi, jika sebelum ini Allah SWT letakkan rasa teruja dalam hatinya bersama isteri, namun kini mereka diuji pula oleh Allah SWT.

“Itulah Allah SWT pemilik sekalian alam. Dia yang Maha merancang dan Maha mengetahui segalanya,” ujar Azmi.

Pinta pelantun lagu Hanya NamaMu itu, dia memohon kepada peminatnya untuk mendoakan kesejahteraan anaknya supaya diberikan kes.embuhan oleh Allah SWT.

“Mungkin ada antara kalian yang Allah SWT makbulkan doanya. Tolong doakan semoga Afnan sihat dan Allah SWT berikan yang terbaik buat kami. Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuanNya,” jelas Azmi.

Kredit : Kosmo/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *