Semasa

“Si*l, aku tak menyoroklah..” Berang Nama Kena Petik, Ini Tindakkan yang Akan Syamsul Lakukan

Semalam berlangsungnya pelancaran filem Mat Kilau arahan pengarah Syamsul Yusof. Bagaimanapun, sebuah portal tempatan mendakwa kelibat pengarah itu tidak muncul.

Difahamkan, pihak portal berkenaan mahu menyelesaikan isu sebelum ini dengan pengarah itu yang tidak berpuas hati dengan laporan mengenai rumah tangganya.

Semalam berlangsungnya pelancaran

“Dia memang nak datang malam ini, tapi dia demam panas. Saya nasihatkan lebih baik dia tidak datang.

Bagaimanapun, dia kata akan berusaha nak datang,” katanya kepada mStar Online.

Susulan khabar angin mengatakan Syamsul akan berkahwin lagi, penerbit filem tersohor, Datuk Yusof Haslam enggan campur tangan berhubung spekulasi tersebut.

Tidak mahu mengulas lanjut, Yusof, 68, bahkan mengunci mulut saat ditebak tentang restunya sebagai seorang bapa jika perkahwinan tersebut benar-benar terjadi.

“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terlibat.

“Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” ujarnya sebentar tadi.

Disoal adakah kesemua pihak yang terlibat perlu bersemuka untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga anaknya, pemilik Skop Production itu bertegas, Syamsul sendiri yang seharus mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah berkenaan.

“Soal ini Syamsul yang perlu jawab, tiada keperluan untuk saya bertemu dengan pihak sana,” kata Yusof.

Dalam pada itu Yusof juga berharap anak sulungnya kuat menempuh kontroversi terbaharu ini kerana isu peribadi adalah masalah biasa buat selebriti.

“Buat Syamsul saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah,” ujarnya.

Khabar angin perancangan perkahwinan Syamsul tercetus apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang dramatis veteran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *