Semasa

10 Maut Termasuk 4 Kanak-Kanak Apabila Lori Bawa Besi Rempuh Hentian Bas Di Sekolah

Sekurang-kurangnya 10 individu terbvnuh, termasuk empat kanak-kanak, manakala lebih 20 orang cedera selepas sebuah lori merempuh hentian bas di luar sebuah sekolah di bandar dekat ibu negara Indonesia.

Lori berkenaan turut melanggar sebuah menara telekomunikasi, yang tumbang dan menghempap beberapa motosikal serta sebuah trak pikap menggunakan laluan itu, menyebabkan pemandunya terbvnuh.

Ketua Unit Trafik Polis Jakarta, Latif Usman, mengesahkan kepada AFP bahawa 10 orang maut dalam kemalangan itu termasuk empat kanak-kanak dan enam lagi dewasa.

“Setakat ini kami tidak melihat sebarang tanda kerosakan brek tetapi kami masih menyiasat kemalangan itu dan pemandu lori terbabit juga sudah ditahan tetapi tidak lagi disoal siasat kerana dia ‘masih terkejut’,” katanya.

Sekurang-kurangnya 23 orang lagi, termasuk 14 murid sekolah rendah, cedera dan dikejarkan ke dua hospital berdekatan.

Polis berkata, pihaknya masih menyiasat punca kemalangan.

“Setakat ini, kami tidak melihat sebarang petanda mengenai kerosakan brek dan kami masih menyiasat kemalangan itu,” kata Usman.

Pemandu sudah ditahan namun masih belum disoal siasat kerana “masih terkejut”, katanya.

Kemalangan jalan raya maut adalah perkara biasa di negara Asia Tenggara yang mempunyai 270 juta penduduk itu, ekoran peraturan jalan raya selalu diabaikan dan kenderaan tidak diselenggara dengan baik.

Pada April lalu, 16 orang termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh dan puluhan lagi cedera apabila sebuah lori yang menuruni gunung terpencil di Papua Barat, Indonesia terbabas dan jatuh terhempas ke dalam gaung. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *