Keluarga Mustika Rakyat

Video: Wanita Meraung Dengar Jiran Menjerit PukuI 12 Tgh Mlm, Menangis ‘You’re Hurting Me’tersebut

Seorang wanita yang dikenali dengan nama Jieha Nazzihah berkongsi detik cemas.

Ini apabila terdengar pergaduhan yang berlaku di rumah jirannya sekitar jam 12 tengah malam.

Video yang dikongsikan oleh Jieha di TikTok telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku di rumah tersebut.

Menurut Jieha, pada awalnya dia melihat pintu rumah jirannya itu terbuka.

Kemudian terdengar seorang wanita menjerit kesakitan seolah seperti rambut atau tangannya ditarik dengan begitu kuat.

Jelas wanita ini lagi, dia tidak tahu apakah punca pergaduhan tersebut kerana percakapan mereka kurang jelas.

Tetapi berdasarkan video itu, kedengaran bunyi yang sangat kuat seperti ada barang terjatuh atau dicampak ke lantai.

“Kejadian tu jadi pukul 12 pagi sebab i dengar orang buka pintu lepas tu jerit macam rambut kena tarik atau tangan dia kena tarik then dalam 20 minit macam tu diorang senyap.

So i tak fikir sangat lah maybe dah okay. Then tiba-tiba dalam pukul 2 pagi macam tu diorang bercakar balik.

Pagi-pagi i dengar jiran i keluar then macam tengah tarik luggage keluar dari rumah.”

Bimbang dengan situasi itu, wanita ini kemudian melaporkan kepada pengawal keselamatan untuk tindakan lanjut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mempersoalkan mengapa Jieha tidak melaporkan kepada pihak polis berhubung kejadian itu.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Mungkin hantu sesat tu

Kang tolong lain lak jadi

Tu la da kata jgn bukak pintu

Xpe bukti tu da ada

Menurut Jieha, kebiasaannya jika pengawal keselamatan tidak mampu untuk mengawal situasi tersebut barulah mereka akan melaporkan kepada pihak polis.

Jieha yang enggan mengulas lebih lanjut berhubung isu itu berharap agar tiada perkara buruk yang berlaku.

Sumber: Jieha Nazzihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *