Semasa

Rakan Biadaap! Rampas Majlis Hari Jadi Orang Lain, Malah Nyanyian Harijadi Langsung Tak Sebut Namanya

Siapa yang tak sedih apabila ada rakan-rakan yang jenis tidak menghormati perasaan kita dan hari istimewa buat kita.

Lebih-lebih lagi apabila pelbagai usaha telah kita berikan termasuklah menjemput, menyediakan makanan dan juga memberikan pengangkutan percuma buat mereka.

Sambut hari jadi rakan lain di hari jadi tuan majlis

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang gadis apabila meluahkan rasa ralat apabila rakan-rakannya telah menyambut hari lahir teman mereka yang lain pada majlis hari jadinya.

Lebih menyedihkan, teman lelaki gadis terbabit yang bersungguh mengeluarkan modal untuk majlis tersebut namun perkara lain pula terjadi.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

sebab nak beri kejutan

Gadis terbabit mendedahkan bahawa dia sebenarnya malas untuk memanjangkan isu, namun selepas beberapa bulan, rakan-rakannya masih tidak membayar hutang kereta sewa yang sepatutnya dilangsaikan.

Dah guna tapi tak mahu bayar

Menurutnya, teman lelakinya telah membantu mencarikan kereta sewa untuk rakan-rakan perempuan, namun mereka telah melakukan beberapa kesalahan dan perlu membayar RM400 kepada pemilik.

Disebabkan rasa tanggungjawab, teman lelakinya memberi cadangan supaya bayaran tersebut dibayar secara separuh-separuh.

Akan tetapi, sehingga video tersebut viral, barulah geng-geng perempuan itu kembali menghubunginya untuk menyelesaikan hutang.

sebab nak beri kejutan

Dah viral baru nak balas WhatsApp

Disebabkan itu, pengguna TikTok itu memilih untuk tidak lagi berteman dengan mereka kerana merasakan tindakan mereka sangat keterlaluan.

Walau bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa mereka sudahpun membayar hutang-hutang tersebut setelah video terbabit tular.

sebab nak beri kejutan

Tak nak bayar hutang pulak tu

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada gadis terbabit selepas mengetahui tindakan kurang bijak rakan-rakannya.

Rata-rata mereka mengakui berasa geram kerana usaha yang dilakukan oleh teman lelaki @pastelphoenixx telah dikacau oleh rakan-rakan kekasihnya dengan menumpang sama menyambut hari lahir orang lain tanpa mahu mengeluarkan modal.

sebab nak beri kejutan

Jenis Tak Tau Malu

sebab nak beri kejutan

Kalau aku pun marah

sebab nak beri kejutan

 

Buang je kawan macam tu

sebab nak beri kejutan

Perangai macam hapee tah

sebab nak beri kejutan

Tonton Video di TikTok @pastelphoenixx 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *