Semasa

Disebat Ustaz KAFA Shg Berbirat Belakang Badan, Sekolah Rayu PoIis Tangguh Siasatan

Sejak semalam tular perkongsian oleh pengguna Twitter yang menerima mesej daripada seorang individu mengenai anak saudaranya yang berusia 11 tahun yang dirotan oleh gurunya.

Dakwa individu itu lagi, anak saudaranya itu dirotan hanya kerana meminta rakan sekelasnya menanggalkan songkok kerana sukar melihat tulisan di papan putih.

Individu itu mendakwa 5 hingga 6 kali sehinggakan sukar untuk memakai baju kerana bengkak akibat pukulan tersebut.

Dakwanya lagi, kakaknya sudah membuat laporan polis namun pihak sekolah memujuk polis untuk menangguhkan tindakan.

Menerusi entri itu, turut disertakan gambar mangsa dilihat bahagian belakang badan berbirat.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, bapa mangsa membuat laporan jam 9.05 malam, Selasa lalu berkenaan anaknya yang berusia 11 tahun dirotan.

“Siasatan awal mendapati, guru terbabit merotan murid terbabit lima kali hingga mengakibatkan kesan calar pada badannya.

Murid terbabit kemudiannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

“Pegawai penyiasat kes hadir ke sekolah berkenaan untuk melengkapkan siasatan namun dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa guru terbabit sedang bercuti dan kini berada di luar kawasan,” katanya.

SUMBER: Harian Metro & Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *