Semasa

Pengantin Baru Menangis, Suami Mninggal Dvnia Kereta Bertembung Lori Kontena

Saya Call Awak Tapi Polis Yang Angkat

Peritnya bila diuji dengan perasaan kehilangan, sama ada bagi suami mahu pun isteri meninggal dunia terlebih dahulu.

Tak dapat digambarkan betapa peritnya perasaan seorang wanita, Mimi Atba.

Ia apabila suaminya dijemput Ilahi selepas dua bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Saya Call Awak Tapi Polis Yang Angkat

Saya Call Awak Tapi Polis Yang Angkat

Lebih meruntun hati apabila mengetahui pasangan ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan sekitar dua bulan lalu.

Bercerita kembali momen sedih itu, Mimi memaklumkan dia berasa tidak sedap hati.

Ia memandangkan suaminya belum tiba ke rumah seperti waktu kebiasaannya.

Jelasnya lagi, dia hanya mengetahui mengenai insiden tersebut selepas panggilan telefonnya dijawab oleh anggota polis yang berada di lokasi kejadian.

“Awak dah siap awal nak pergi kerja, saya dah pelik.

Selalunya dalam pukul 2 awak dah sampai rumah tapi semalam (26 Februari) pukul 3 awak tak sampai rumah lagi.

Saya jadi tak senang duduk, saya call awak tapi polis yang angkat. Awak dah pergi tinggalkan saya buat selama-lamanya.”

Bukan itu sahaja, wanita ini mula rasa serba salah sekiranya dia belum cukup membahagiakan suami tercinta sepanjang dua bulan mereka bergelar suami isteri.

Sementara di ruangan komen, kebanyakan netizen tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat wanita ini.

Selain berharap agar Mimi diberi ketabahan dan kekuatan dalam mengharungi dugaan ini.

Sumber: Mimi Atba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *