Keluarga

lstri Sangkakan Menang Duit Besar Jumpa 1.6k dlm Seluar Suami, Tak Sngka Akhirnya ini yg Berlaku

ISTERI mana yang tak rajin dan bersemangat nak basuh baju si suami jika selalu terjumpa duit dalam mesin basuh.

“Menang besar hari ni… kita wak (buat) senyap dah la duit temu (jumpa) kan,” tulis seorang pengguna TikTok di ruangan caption sebuah video.

Dia memperlihatkan wang kertas RM100 berkepuk-kepuk yang basah selepas ditemukan dalam mesin basuh.

Bercakap kepada m Star, pemilik akaun berkenaan Siti Nadilla Mohd Rani, yang berusia 30-an berkata, duit tersebut milik suaminya, Mas Eniky Zakaria yang sering terlupa untuk mengosongkan kocek seluar yang ingin dibasuh.

Justeru, dia sering terjumpa wang di dalam mesin basuh namun katanya, nilai yang dijumpai biasanya lebih kecil.

Siti Nadilla atau lebih mesra disapa Dilla yang bekerja di kedai menjual emas dan surat pajak milik suaminya berkata, dia bagaimanapun tidak menyangka akan menerima rezeki terpijak tersebut ketika membasuh pakaian milik suaminya pada 13 September lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Setiap kali basuh baju suami saya akan asing-asingkan sebab dia main gym setiap hari jadi pakaian dia basah berpeluh.

“Sebelum masukkan dalam mesin setiap hari saya akan periksa satu-satu poket sebab suami saya jenis ada je duit yang dia akan tertinggal dalam poket tapi sebelum ni tak banyak cuma RM10, RM50 atau RM100 je.

“Pagi tu tak tahu la entah macam mana… satu bakul saya tengok semua seluar, saya pun angkat terus masuk dalam mesin lepas tu saya tinggal untuk pergi jemur baju.

Bila saya pergi balik nampak duit-duit timbul, apa lagi saya jerit sukalah,” selorohnya.

satu bakul saya tengok semua seluar, saya pun angkat terus

Dilla bersama suami dan anak-anaknya.

Menetap di Kuala Terengganu, Dilla berkata wang yang ditemuinya bernilai lebih RM1,600.

satu bakul saya tengok semua seluar, saya pun angkat terus

Jumlah keseluruhan yang ditemui Dilla melebihi RM1,600.

Berniat untuk mendiamkan diri pada mulanya, rahsia Dilla bagaimanapun ‘terbongkar’ apabila Eniky terlihat video yang dimuat naik ke laman TikTok.

“Saya kira semua hari tu duit kasar RM1,600 yang RM1 dengan RM10 je saya tak kira.

“Saya senyap sampai sudah tapi last-last dia tengok kat TikTok saya lepas tu dia komen ‘pencopek’ dekat ruangan komen video tu.

“Tapi dia tak minta, tak tanya pun duit tu berapa, jadi hak milik saya dah la,” katanya.

satu bakul saya tengok semua seluar, saya pun angkat terus

Komen Eniky selepas melihat video yang dimuat naik Dilla.

Menurut Dilla suaminya itu tidak gemar untuk menggunakan dompet sejak mereka mula kenal dahulu lagi.

“Saya tak tahu kenapa tapi memang dari saya mula kenal dia dulu saya perhati dia memang tak ada dompet, dia akan selit duit dalam poket, kalau dalam kereta dia letak dekat celah-celah kerusi.

“Memang selalu la jumpa duit kalau dia bawa kereta saya.

“Kad-kad semua dia letak dalam card holder lepas tu dia letak dalam kereta,” jelas ibu kepada empat orang anak ini.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *