Semasa

“F*** U..” Sarah Hildebrand Benci Tengok Orang lsIam Tiba² Jadi Makhluk Baik Masa Ramadan

Rasanya lama tak dengar cerita tentang pelakon Sarah Hildebrand. Sebelum ini, pelakon kacukan itu dikecam teruk gara-gara tindakannya membuka tudung.

Pada awalnya, rata-rata peminat menyangkakan Sarah memuat naik foto lama.

Namun menerusi perkongsian di Insta Story miliknya Sarah tidak lagi memakai tudung. Malah, Sarah sendiri sudah mengesahkan dia tidak lagi berhijab.

Bagaimanapun, baru-baru ini namanya kembali menjadi bualan selepas memuat naik video sedang marah-marah dan mencarut-carut di Insta Story.

Menerusi video pendek itu, Sarah mengatakan dia benci melihat sesetengah umat Islam secara tiba-tiba menjadi baik dan berpusu-pusu melakukan kebaikan di bulan Ramadan.

“Awak tahu apa yang lucu, di bulan Ramadan semua nak jadi Muslim yang terbaik. NO!” katanya.

Katanya lagi, janganlah hanya jadi alim dan baik di bulan Ramadan sahaja. Malah, Sarah turut menyeru kepada mereka yang nak melakukan kebaikan buat sahajalah dan jangan pedulikan orang lain.

“F** you! Dan kalau awak attack orang lain, f** you too! Leave people alone, let them do watever fuck they want.

Just f** off. Jangan jadi busybody, because it is f** king annoying, f** king irritating!” katanya.

Tidak dapat dipastikan mengapa Sarah secara tiba-tiba marah-marah. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja sempena bulan Ramadan ini.

Sumber IG Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *