Semasa

Teruk Kena Hentam dgn Netizen, Anak Pemandu Wanita Treler Merah ni Tampil Dedahkan Apa yg Berlaku Sebenarnya

Sejak kelmarin, tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang penunggang motosikal yang hampir digilis sebuah lori kontena.

Ia sehingga mengundang rasa ‘gerun’ warganet.

Sama2 bawa treler merah, ramai tersalah

Menurut pengguna Facebook itu lagi, ramai yang salah sangka dengan video yang tular tersebut kerana menyangka ibunya yang melanggar penunggang motosikal berkenaan.

Tambah Waniey Zulkifli II, dia telah mendapat banyak mesej bertanyakah hal tersebut.

Dan menafikan ibunya yang melanggar lelaki itu walaupun mengakui yang treler tersebut sering bertukar pemandu.

Ibunya juga merupakan salah seorang yang membantu mangsa dan meminta orang ramai berhenti menanyakan hal tersebut.

Dia juga berharap agar mereka yang mahu mengetahui kejadian berkenaan dengan lebih lanjut supaya menghubungi sendiri mangsa yang hampir dilanggar itu.

Sama2 bawa treler merah, ramai tersalah

Sebelum ini, pemandu wanita yang memandu treler dan hampir melanggar penunggang motosikal tersebut telah didedahkan oleh netizen.

Ia berpandukan gambar yang dimuat naik dengan bergaya di hadapan kenderaan berat tersebut.

Ia telah menjadi perdebatan di media sosial apabila rata-rata mengecam tindakannya yang hampir meragut nyawa orang lain.

Namun, disebabkan kepala treler yang dipandu hampir sama dengan seorang lagi pemandu wanita yang lain.

Ramai yang telah salah anggap dan turut sama menyelar ibu kepada pengguna Facebook dikenali sebagai Wanie Zulkifli II itu.

OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *