Semasa

Mengaku Sudah Diceraaikan TaIak Tiga, Sajat Akhirnya Bongkar Sesuatu Mengejutkan Apa Berlaku di Thai

KETIKA ramai pihak tertanya-tanya di manakah, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bersembunyi.

Namun khirnya dia muncul beramah mesra dengan pengikutnya di media sosial pada Isnin.

Lebih mengejutkan apabila Sajat, 36, yang sebelum ini disangka masih berada di Thailand dipercayai sudah melarikan diri ke Canterbury, Australia.

Berdasarkan perkongsian di Instagram, difahamkan Sajat kini sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel di negara berkenaan.

Dalam muat naik tersebut dia telah berkongsi satu video ringkas bertanyakan kepada followers sama ada perlu atau tidak dia membuat live di media sosial.

Dia juga memaklumkan akan membuat live tidak lama lagi kerana amat merindui para netizen selepas lama ‘menghilangkan diri’.

Ia susulan kes diburu pihak polis Malaysia kerana kesalahan jnayah yang dilakukan.

“Kita tak lari, kita berhijrah la. Anda yang kata kita lari. Anda yang tak boleh terima hakikatkan?

“Selama ni kita senyap sebab kita nak buka kedai baru dekat lokasi baru. Alhamdulillah dapat support yang banyak,” katanya menerusi sesi live di Instagam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nursajat (@nursajatkamaruzzaman)

Pada 15 Oktober lalu media melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi Sajat yang melarikan diri ke negara jiran itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilaporkan berkata, proses membawa pulang usahawan kosmetik itu tertakluk kepada maklum balas dari pihak berkuasa tempatan.

Dalam pada itu pada sesi live berkenaan Sajat turut menjawab pertanyaan para pengikutnya tentang status dia sebagai warganegara Malaysia.

“Kita dah cerai dah, dah cerai dah, dah talak tiga dah.

“Maaflah kita dah tak boleh bersatu kembali,” katanya.

Selain itu Sajat turut meminta orang ramai agar tidak menghakiminya dengan pelbagai andaian berhubung isu agama yang dianggap sangat sensitif.

“Kalau saya masih Islam biar la saya dengan cara Islam saya… awak dengan Islam awak.

“Tak perlu la awak nak judge saya, kita respect each other. Sebab sekarang ni pun kalau awak nak kata apa-apa pun tak guna sebab saya dengan cara Islam saya.

“Tak perlu la kata saya berdosa ke… terima kasih saya sangat hargai nasihat anda semua,” katanya.

Sebelum ini, keberadaan usahawan terbabit sudah dapat dikesan selepas dimaklumkan berjaya melarikan diri ke Thailand.

Dia ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September lalu kira-kira jam 6 petang kerana memiliki pasport tidak sah.

Sajat juga telah dihadapkan ke Mahkamah Thailand keesokan harinya atas kesalahan Imigresen dan dikenakan hukuman denda.

Walau bagaimanapun, proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang usahawan kosmetik itu masih berjalan.

Ini kerana membabitkan pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara selain pihak berkuasa Thailand.

Sumber: Instagram nursajatkamaruzzaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *