Hiburan

Sanggup Ftnah dan Rampas Suami kpd Adik Sendiri, Akhirnya ini Pengakhiran Hidup Lana

Ramalan Penonton Setia Drama 'Cukup Derita

Episod akhir drama Cukup Derita Itu musim kedua menyaksikan Zarul (Hisyam Hamid) dan isterinya Ellani (Ruhainies) telah berbaik semula sebagai pasangan suami isteri.

Bukan itu sahaja, kakak kembar Ellani iaitu Ellana (Chacha Maembong) akhirnya pulang ke pangkal jalan.

Dan menyesal dengan perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.

Dalam episod sebelum ini, Lana dilihat cuba menggoda Zarul sewaktu bekas abang iparnya itu sedang tidur.

Terkejut dengan perbuatan jijik Lana, Zarul menghalaunya keluar dari bilik dengan kadar segera.

Bukan itu sahaja, Lana turut memberi peringatan kepada Lani agar jangan mengambil kesempatan terhadap kesedihan Zarul.

Lana juga yakin bahawa Zarul akan kembali kepadanya selepas ini walau apa cara sekalipun.

Geram mendengar kata-kata Lana, Lani turut meminta kakaknya itu segera bertaubat dan jangan mengulangi kesilapan yang sama semasa berada di luar negara tempoh hari.

Sebagai seorang yang kaki ‘berlakon’ Lana turut merayu kepada Zarul agar diberi peluang terakhir.

Antara kata-kata yang dikeluarkan oleh Lana semalam ialah ‘Lana dah berubah dan bertaubat, tolonglah beri Lana peluang untuk hidup bersama abang’.

Mendengar dialog tersebut, rata-rata netizen berharap Zarul tidak memberi peluang kepada Lana.

Seperti yang dijangka oleh semua penonton, Zarul merayu kepada Lani untuk rujuk kembali sebagai suami isteri.

Ujar Zarul, dia tidak sanggup berpisah dengan isteri dan anak-anaknya. Teringat kembali peristiwa yang lalu, Lani memberitahu dia tidak akan menerima Zarul sebagai suami.

Hanya perasaan sedih dan kecewa bermain di ingatan Lani sebaik sahaja terkenang nasibnya sewaktu diceraikan oleh Zarul menerusi Whatsapp.

Jelas Lani lagi, perbuatan Zarul seolah satu penghinaan yang cukup dahsyat buat dirinya.

Di Twitter, rata-rata netizen berjaya membuat ramalan mengenai ending drama tersebut.

Namun begitu, kewujudan anak kembar Zarul dan Lani yang tidak ditayangkan di kaca televisyen sejak dari awal sehingga ke akhir drama tersebut masih menjadi persoalan.

Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *