Semasa

Teruk Kena Hentam Dgn Netizen, Akhirnya lbu Mngsa Geng Basikal Lajak Luah Sesuatu yg Memilukan

Keluarga mangsa tragedi berda rah basikal lajak yang mengorbankan lapan remaja lima tahun lalu, lega apabila kes berkenaan akhirnya menemui noktah selepas menanti sekian lama.

Walaupun masih tidak dapat melupakan tragedi yang menyebabkan kesan trauma berpanjangan kepada keluarga, namun mereka reda dengan ketentuan takdir tuhan

Ibu seorang daripada mangsa terkorban, Sabariah Yusof, 54, berkata, kesan trauma kehilangan anak kelapannya, Mohamad Azhar Amir, 16, masih tidak dapat dilupakan sehingga hari ini.

“Allahyarham anak yang baik yang menjaga dan menggembirakan saya, malah setiap malam membantu mencari pendapatan tambahan dengan menjual puding yang saya dimasak di sekitar kawasan rumah.

“Saya terima apa jua keputusan mahkamah hari ini dan mahu melupakan episod sedih dalam hidup saya ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Senibong, di sini, hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kema tian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Ramai Keluarga Mangsa Geng Basikal

Ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada tuduhan berkenaan.’

Responden, Sam Ke Ting, 27, turut diperintah menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan penjara jika tidak membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Dalam tragedi berdarah yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017, lapan remaja menaiki basikal lajak terkorban dengan empat parah manakala empat lagi turut tercedera dirempuh kereta suspek.

Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Ditanya sama ada memaafkan tertuduh kes berkenaan, Sabariah hanya tersenyum sambil mengesat air matanya.

“Saya tidak tahu bagaimana nak terangkan perasaan ini namun saya reda atas apa yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, seorang mangsa tragedi itu iaitu Muhamad Arif Salman, 20, mangsa yang cedera parah namun berjaya diselamatkan, mengalami kesan emosi berpanjangan sehingga kini.

Bapanya, Salman Ahmed, 56, berkata anaknya yang mengalami gegaran otak selain menerima puluhan jahitan di kepala dan anggota badannya, tidak mahu lagi apa-apa perkara mengenai tragedi itu mahu pun perkataan basikal diucapkan di hadapannya.

“Pada tiga bulan pertama selepas kejadian, anak saya yang berusia 16 tahun sering memanggil nama tiga rakan baiknya yang terkorban dalam kejadian itu.

“Kami hanya berani memaklumkan rakannya itu sudah meninggal dunia selepas setahun tragedi itu berlalu. Selepas itu anak saya berubah dengan emosinya tidak stabil kesan trauma kejadian itu.

“Jadi sehingga hari ini kami sekeluarga tidak pernah membangkitkan lagi isu mengenai tragedi itu atau bercakap mengenai topik membabitkan basikal kerana ia sangat sensitif buat anak bongsu kami, ” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *