Semasa

Tak Tahan Memendam Rasa, Akhirnya Rakan² Dedahkan Perbuatan Arwah Sebelum Kejadian

Kelas pagi ini sangat sayu kerana kawan-kawan masih terkejut dengan pemergian sahabat mereka dalam kemalangan awal pagi sebelum Terowong Menora.

Mak ayah allahyarham masing-masing berkejar dari Johor, Terengganu dan Selangor untuk mengecam mayat anak-anak mereka kerana mereka semua rentung dalam kemalangan.

Al-Fatihah.

Kesemua mangsa terbabit merupakan pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.

Mangsa terlibat dikenali;

– Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, beralamat Taman Desa Bukit Bujang Kuala Kubu, Selangor

– Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, beralamat Taman Perumahan Perwaja Cukai, Terengganu

– Iqbal Hasnun Halimi, 23, beralamat Taman Impian Jaya Senai, Johor

– Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, beralamat Magna Ville Selayang Batu Caves, Selangor

– Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, beralamat Taman Kerian Permai Parit Buntar, Perak

Moga Allah limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga. Moga Allah berikan rahmat dan keredhaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat.

Rakan Dedahkan Perbuatan Arwah

PEMERGIAN lima pelajar yang rentung dalam kemalangan ngeri pada tengah malam Rabu merupakan satu kehilangan bukan sahaja kepada keluarga, malah rakan-rakan.

Begitulah yang dirasai oleh Muhamad Akmal Norazli, 22, terhadap rakan-rakannya yang merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (Usas).

Tak tahan memendam rasa rindu, Muhammad Akmal berkata, dia sedih dengan pemergian rakannya, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.

Menurutnya, kedua-dua mereka sangat mengambil berat dan suka membantu rakan-rakan yang lain.

“Arwah pernah nak bagi pinjam duit sebelum raya, tapi saya menolaknya sebab masing-masing dah nak raya.

“Mereka memang kawan yang sangat baik. Bukan itu sahaja, mereka selalu ke masjid. Saya jumpa mereka kebanyakannya di masjid,”

Katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Raja Permaisuri Bainun, USAS di Kuala Kangsar, pada Khamis.

Rakan dedah arwah selalu ke

Keadaan kereta dan treler yang terbakar. foto Bomba Perak

Muhamad Akmal berkata, berita pemergian sahabatnya itu begitu mengejutkan kerana terlalu pantas dan kali terakhir mereka bertemu ketika Ramadan lalu.

Dia yang turut menyempurnakan solat jenazah di masjid berkenaan menjelaskan pemergian kesemua mangsa merupakan kehilangan besar buat Usas dan jemaah masjid.

Dalam kejadian di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar sekitar 12.52 malam Rabu itu, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, meninggal dunia akibat rentung selepas kereta dinaiki terbakar. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *