Semasa

Tidak Cukup GeIedah Rumah Pendakwah Ini, PoIis Guna lnterpoI Ambil Keterangan Caprice dan Nadir Pula

Petang semalam, seorang pendakwah terkenal ini selesai memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Bukit Aman selepas kira-kira satu jam memberi keterangan kepada pihak polis.

Menurut pendakwah ini, beliau dipanggil bagi memberikan kerjasama sebagai saksi berkenaan dakwaan gangguan sksual.

“Saya bekerjasama dan serahkan kepada pihak polis terhadap fiitnah dan tuduhan melampau ini,” katanya ketika ditemui disini hari ini.

Pendakwah ini juga telah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berkenaan kes fiitnah yang melampau terhadap dirinya.

“Saya hadir memberi kerjasama sebagai saksi kepada kes ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

“Fiitnah yang saya terima ini begitu kejam dan melampau namun saya maafkan mereka yang cuba menjatuhkan saya.

“Apa yang jadi tidak mematahkan semangat untuk teruskan usaha untuk membantu dan membuat kebaikan sampai bila-bila, sampai mati,” katanya disini hari ini.

Menurut beliau, apa yang berlaku terhadpa dirinya ini membuatkannya semakin bersemangat untuk membantu golongan yang susah.

Polis Lakukan Penggeledahan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat mula melakukan kerja-kerja penggeledahan bagi mencari bahan bukti di rumah pendakwah terkenal ini di Setia Alam, dekat sini petang semalam.

Ia susulan tiga buah kenderaan disyaki milik PDRM dilihat memasuki kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.15 petang.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, pendakwah ini dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi.

Ini untuk membantu siasatan kes gangguan sksual yang dikaitkan dengannya seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru.

kenderaan dilihat keluar dari kawasan perumahan

Selang beberapa minit kemudian, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang mempunyai logo badan kebajikan pendakwah terbabit turut memasuki kawasan perumahan itu.

Bagaimanapun, kenderaan PDRM dilihat keluar dari kawasan perumahan itu kira-kira pukul 5.13 petang.

Polis mengesahkan menggeledah rumah pendakwah terkenal ini bagi melengkapkan siasatan

Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya hanya melakukan pengeledahan itu.

Ia bagi tujuan siasatan selepas pendakwah terbabit diambil keterangan siang semalam.

“Kita bukan menyerbu rumah beliau sebaliknya hanya proses menggeledah bagi melengkapkan proses siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Namun masih belum dapat dipastikan sama ada terdapat rampasan barangan bagi melengkapkan siasatan setakat ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai video Ivcah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.

Dalam pada itu, Abd Jalil dalam kenyataan petang hari ini mengesahkan polis merakam keterangan pendakwah ini bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan sksual.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Sksyen 509 Kanun Kesksaan, Sksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Sksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

“Polis memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat penyebaran apa juga bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Peguam pendakwah ini, Datuk Hasnal Rezua Merican yang menegaskan setakat ini polis ada menyatakan beberapa sksyen untuk siasatan kes berkenaan.

Namun belum memberikan sksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini.

“Setakat ini polis juga memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” katanya

PDRM mohon bantuan Interpol kesan Nadir, Caprice

Polis Diraja Malaysia(PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua individu tersebut dikesan untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

“Kita sudah berbual (chat) dengan kedua-dua individu ini, namun tidak dibalas, jadi kita telah minta bantuan Interpol untuk kesan dan berhubung dengan mereka.

“Ini bagi menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan dalam talian,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kedua-dua individu berkenaan diminta berhubung dengan polis bagi tujuan siasatan.

“Kita minta kedua-dua individu ini beri kerjasama, untuk rakam percakapan, sebab semua proses kita sudah laksanakan cuma rakaman percakapan kedua-dua individu ini masih belum dapat dijalankan.

“Kita minta kedua-dua ini dapat beri maklum balas secepat mungkin,” katanya.

Akan Teruskan Perjuangan

“Ini Semua Propaganda Jatuhkan Ust..”

“Semoga ust tabah hadapi dugaan ini..”

“Jangan risau, biarkan je polis yang jalankan kerja..”

“Kalau betul, kesian kepada mngsa kan..”

Akan Teruskan Kebaikkan

“Saya akan teruskan kebaikan ini sampai bila-bila, sampai mati,” katanya

“Saya selalu cakap, hidup ini satu tujuan, Allah Sayang semua”.

Itu yang diperkatakan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ketika ditemui di luar Ibu pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan dakwaan gangguan sksual.

Menurut beliau, sesiapa sahaja yang berbuat salah kepadanya, itulah yang akan dimaafkannya.

Sumber Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *