Semasa

Uncle yg Kakinya Tersepit dan Tergantung Antara Dua Aras Gara² Lif Tiba² Gerak Ke Atas Akhirnya Berjaya Diselamatkan

BAGAIKAN babak dalam filem Final Destinantion.

Begitulah gambaran mengenai nasib malang seorang lelaki apabila kakinya tersepit pada pintu lif di Pangsapuri Desa Pinang 2, Jelutong, Pulau Pinang, pada 17 Jun lalu.

Lebih ngeri, kaki mangsa berada dalam keadaan tersepit antara lif tingkat satu dan tingkat bawah (ground floor), seolah-olah tergantung antara dua aras.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Uncle yg Kakinya Tersepit dan Tergantung Antara 2 Aras Gara² Lif Tiba² Gerak Ke Atas Akhirnya Berjaya Diselamatkan

Uncle yg Kakinya Tersepit dan Tergantung Antara 2 Aras Gara² Lif Tiba² Gerak Ke Atas Akhirnya Berjaya Diselamatkan

Kejadian ini berlaku di di Pangsapuri Desa Pinang 2, Jelutong.

Memetik laporan Kosmo!, operasi menyelamat berakhir pada pukul 12.19 malam dan mangsa hanya mengalami kecederaan luka pada kedua-dua pergelangan kaki.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, perincian kejadian serta beberapa foto mangsa turut dikongsi menerusi Facebook rasmi Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Perak sehingga ia meraih perhatian netizen.

“Setibanya di lokasi dan setelah membuat siasatan didapati benar berlaku kejadian lif terhenti, terdapat seorang mangsa (kaki tersepit) di bahagian pintu lif di antara aras ground floor dan aras satu.

“Ketua operasi mengarahkan tindakan segera untuk membuka pintu lif tersebut dilakukan dengan menggunakan peralatan khas kebombaan dan mangsa seorang lelaki berjaya dikeluarkan dengan selamat,” ujar pengendali Facebook itu.

Selain menyamakan kejadian itu dengan babak filem, netizen di Facebook turut meluahkan rasa takut sekiranya mereka turut berdepan kejadian sama.

“Bukan kali pertama di Pulau Pinang. Banyak kes, tak boleh post sebab nanti orang ramai takut guna lift.

“Salah penduduk ada, salah management ada, salah company buat maintenance ada, semua berkaitan duit.

“Fikir-fikirkan la, ting tong tiang entah bila giliran lift tempat anda,” tulis seorang netizen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *