Perkahwinan di usia muda bukanlah perkara baru dalam kalangan masyarakat kita. Malah, ada yang masih bersekolah namun sudah mempunyai cahaya mata.
Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pengguna TikTok ini yang juga ibu muda berkongsikan kisahnya yang tertidur di dalam kelas kerana penat berjaya malam menjaga anaknya berusia 3 bulan.
Video yg tular itu telah mendapat reaksi pelbagai lapisan netizen. Rata-rata mereka berasa kasihan melihat keadaan ibu muda tersebut.
Rakaman Video ada si Bawah Sekali
Menerusi video dikongsikan menggunakan nama akaun @leaarissa itu, memaparkan dia perlu menahan rasa mengantuk menjaga anak meskipun keesokan harinya perlu ke sekolah pula.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Meskipun ada yang mempersoalkan keputusan untuk memiliki anak di usia muda, namun ada yang memberikan kata-kata semangat.
Kata netizen lagi, sememangnya sukar untuk bergelar seorang ibu dalam masa yang sama masih belajar, namun mereka mendoakan agar ibu muda itu terus kuat dalam meneruskan pelajaran.
Ibu muda kepenatan pic.twitter.com/UPsWwpmU02
— Kucing Meow (@ViralMalaysia7) May 28, 2022
SUMBER: TikTok