Hiburan

‘Makcik Petir Sudah Tiada’ Pelakon Vateran yg Sering Mewarnai Dunia Hiburan Telah Pergi Selamanya

KUALA LUMPUR: Pelakon Noryati Taib, 63, yang terkenal dengan panggilan ‘Makcik Petir’, meninggal dunia pada jam 1.45 pagi.

Berita sedih itu pernah dikongsi anaknya, Faizul Hafiz Hashim melalui hantaran di Facebook (FB).

“Dukacita dimaklumkan Mama saya meninggal dunia pada jam 1.45 pagi.

“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya dalam entri berkenaan.

Anak saudara Allahyarham, iaitu penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin turut memaklumkan pemergian pelakon itu melalui hantaran di Instagram (IG).

Berita pemergian Allahyarham turut dikongsi teman artis seperti penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi yang mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Pada 3 Februari lalu, BH Online melaporkan, Allahyarham disahkan positif CVD-19.

Perkara itu dimaklumkan Shahrulezad menerusi entri yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG).

Bagaimanapun, selepas hampir dua minggu dirawat, Allahyarham disahkan pulih daripada jangkitan wabak berkenaan.

Pada 2017, arwah dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Selain itu, sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.

Allahyarham terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.

Sumber BH, Artikel diterbitkan pada 7 April 2021 dan disiarkan semula supaya kita bersama dapat menyedekahkan doa dan alfatihah.

Semoga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.
Salam takziah buat keluarga arwah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *