Semasa

Lukisan Monyet, Beruk & Katak Berteriak di Parlimen Akhirnya Menjadi Milik Sultan Selangor

Lukisan monyet, beruk dan katak di Sidang Parlimen yang dihasilkan rupa-rupanya telah memikat hati DYMM Sultan Selangor.

Lukisan merupakan suatu karya seni yang mempunyai nilainya yang tersendiri. Sebilangan orang menganggap lukisan hanyalah melukis dan mewarna sahaja.

Tindakkan Sultan Selangor telah menjadi perbualan antara warganet yang rata-rata bersetuju dengan gambaran dalam lukisan itu.

Namun, lukisan juga mampu mewarnai kehidupan seseorang. Ada sesetengah lukisan dijual pada harga yang tidak masuk akal, contohnya lukisan “Monalisa” yang bernilai jutaan ringgit.

Sebenarnya lukisan juga bergantung pada minat seseorang atau mempunyai persamaan tertentu.

Lukisan melambangkan kepelbagaian maksud yang tersirat, tidak kiralah dalam aspek kehidupan mahupun tidak.

Terbaru, sebuah hasil karya seni lukisan unik telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor seperti yang dikongsi menerusi Twitter Selangor Royal Office hari ini.

Lukisan Monyet, Beruk & Katak Berteriak di Parlimen Akhirnya Menjadi Milik Sultan Selangor
Gambar via Twitter Selangor Royal Office

“Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor.

“Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu.

“Satu hari nanti, Baginda berhasrat melelong lukisan ini dan hasil lelongan akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” maklum kenyataan tersebut.

Lukisan Monyet, Beruk & Katak Berteriak di Parlimen Akhirnya Menjadi Milik Sultan Selangor
Gambar via Twitter Selangor Royal Office

Uniknya, lukisan monyet, beruk dan katak itu seolah-olah sedang ‘sibuk’ bersidang di kerusi masing-masing.

Lukisan Monyet, Beruk & Katak Berteriak di Parlimen Akhirnya Menjadi Milik Sultan Selangor
Gambar via Twitter Selangor Royal Office
Lukisan Monyet, Beruk & Katak Berteriak di Parlimen Akhirnya Menjadi Milik Sultan Selangor
Gambar via Twitter Selangor Royal Office

Sumber: Twitter Selangor Royal Office

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *