Semasa

Semakin Melampau, Tiktoker yg Memperlekeh Maruah Wanita, Bergelek Lvcah Akhirnya Diberi Amaran

Nampaknya usahawan kontroversi Dato’ Aliff Syukri seakan sengaja mengundang kecaman netizen selepas tampil dengan muzik video terbaru bersama penyanyi sensasi, Baby Shima.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Menerusi beberapa posting yang dibuat oleh kedua-dua individu tersebut, terdapat TikToker terkenal, Ratu Farah Diva yang mungkin menghiasi MV terbaru usahawan tersebut.

Namun begitu, tindakan TikToker bertudung tersebut yang sakan menari telah mendapat kecaman dan diberi amaran oleh netizen kerana dilihat kurang sopan dan seakan tidak menjaga adab sebagai seorang wanita berhijab.

Memang minta dikecam

Masalah mental ni

Kalau tak gelek, tak boleh ke

Jijik dan memalukan

Beberapa video TikToker berkenaan yang dikongsikan Alifff Syukri di media sosial juga mendapat kecaman lebih-lebih lagi dia digandingkan dengan Kak Long 7E yang pernah tular memarahi pekerja kedai serbaneka sambil membuat live.

Susulan daripada itu, tindakan Ratu Farah Diva telah mendapat kecaman ramai sejak kemunculannya di industri Tanah Air bermula dari TikTok.

Mungkin pengikut-pengikut wanita itu di media sosial sedia maklum dengan perangainya, namun buat penonton baru, sudah tentu kerenahnya yang sakan menari dan menyanyi tak tentu hala menjadi bualan sehingga ada yang kurang senang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyelar tindakan wanita terbabit kerana berasa malu melihat tingkahnya yang menari dan bergelek sakan sedangkan dia wanita yang bertudung.

Mereka juga meminta agar TikToker itu mengawal sedikit gerak gerinya yang agak memalukan lebih-lebih lagi menari bersama lelaki dan juga suami orang.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris, TikTok @aliffsyukriterlajaklaris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *