Keluarga

Disebabkan Miliki Nama Paling Pendek dlm Dunia, Wanita ini Terkilan Seringkali Diejek

Apabila bercakap mengenai nama, ada kisah di sebalik setiap nama yang diberikan ibu bapa kepada cahaya mata mereka.

Ada di antara kita yang mempunyai nama ringkas, panjang atau berkait dengan sesuatu peristiwa.

Begitu juga dengan wanita ini. Dia yang memiliki nama terpendek iaitu S Rusli menjadi perhatian ramai sejak dia masih kecil lagi.

Jelasnya yang kini bertugas sebagai pelukis pelan di sebuah syarikat swasta, namanya bukan sahaja menjadi bualan ketika zaman belajar, tetapi juga hingga alam pekerjaan.

Disebabkan Miliki Nama Paling Pendek dlm Dunia, Wanita ini Terkilan Seringkali Diejek

Rata-rata ramai tidak percaya apabila dia memperkenalkan diri dengan nama tersebut.

“Kadang-kadang kita beritahu orang nama, tetapi dia ingat itu nama samaran. Jadi saya kena keluarkan kad pengenalan.

Kalau kita tulis borang, ada gelak ketawa kerana nama macam pelik. Kalau tengok reaksi pelik, kita sudah gelak, saya cakap memang nama saya macam itu.

Ayah saya bagi nama mcm itu tetapi saya gembira, tidak ada masalah semasa sekolah.

Ada juga yang mengejek S nama Superman tetapi tidak apalah, simbol S ok.”

Disebabkan Miliki Nama Paling Pendek dlm Dunia, Wanita ini Terkilan Seringkali Diejek

Ada yang samakan namanya dengan..

Senang nak panggil

Boleh buat grup untuk geng ni

Menurutnya, dia sangat selesa dengan nama pendek pemberian ayahnya, Rusli Ahmad Abdul Karim.

Dia kini memiliki Diploma Teknologi Seni Bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Apa yang unik, nama adik beradik S juga sama pendek serta mudah diingati iaitu Liz, Maz dan Hani.

S berkata nama yang ringkas amat sukar untuk diberi kepercayaan oleh dunia luar.

Itu yang berlaku apabila ada di kalangan kawan, kakitangan awam dan pihak sekolah yang tidak percaya semasa dia mendaftar namanya.

Oleh sebab itu, S sentiasa membawa kad pengenalannya bersama termasuk ketika beriadah di taman bersama anaknya.

Walaupun namanya sangat ringkas, tetapi lain pula bagi suami S, Nuzrul Hasan yang terlalu gemuruh sehingga terpaksa mengulang akad sebanyak tujuh kali sebelum sah bergelar suami isteri.

“Pernah semasa di klinik gigi dahulu, semasa pendaftaran doktor memarahi jururawat kerana tidak mengisi nama penuh.

Sekali lagi semasa akad nikah, suami lafaz tujuh kali sebelum sah bergelar suami isteri.”

S yang kini menjadi ibu kepada tiga orang anak, turut memilih nama yang ringkas buat anak-anaknya iaitu Yani, Dani dan Wani.

Rusli berkata nama S diberikan kerana nama bapanya terlalu panjang.

“S itu bermakna senang kalau hendak dihuraikan. InsyaAllah, senang sampai bila-bila. Kehidupan S pun Alhamdulillah senang.”

Jika nama yang diberikan itu memudahkan orang untuk menyebutnya, bagi Rusli itu sahaja sudah cukup buatnya.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *