Semasa

“Nak bg bini kau mkn pasir ke..” Teruk Kena Hentam, Psgn Pngantin Form 4 Akhirnya Dedahkan Punca

Memang betul, jodoh itu rahsia Allah dan ia datang tidak kira usia.

Namun, perkahwinan pada waktu seseorang itu masih ‘mentah’ atau sangat muda seringkali menjadi perhatian ramai.

Bagaimanapun, sesetengah netizen yang menonton video itu memberikan pendapat masing-masing yang tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Segelintir turut sempat menasihati supaya tidak terburu-buru dalam hal perkahwinan kerana rumah tangga bukanlah sesuatu perkara yang ‘simple’.

Pelbagai topik ditimbulkan seperti kehidupan pasangan itu selepas bergelar suami isteri terutamanya dari segi perbelanjaan.

Ada juga yang membangkitkan isu di mana pernikahan ketika masih di bangku sekolah atau masih muda seolah-olah menjadi satu ‘trend’ yang diikuti ramai.

Namun, ramai yang mengucapkan tahniah serta mendoakan pasangan pengantin muda itu berbahagia dalam menjalani bahtera rumah tangga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *