Semasa

Dihentam Teruk oleh Netizen, Akhirnya Julia Farhana Jelaskan Anjiing Belaannya Tidak Renjis Air Liur

GARA-GARA memuat naik video di Instagram story memperlihatkan seekor anjing menunggu di luar bilik.

Alhirnya pelakon Julia Farhana mula menerima pelbagai pertanyaan daripada netizen.

tunggu depan bilik Julia Farhana bukan

Julia berkongsi video anjing perliharaannya sekeluarga.

“Kalau lihat video saya pun, kami tidak pernah bersentuhan dan dia juga bukan anjing jenis air liur meleleh,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon drama Malaysian Ghost Stories itu memuat naik video di Instastory.

Dia telah memperlihatkan seekor anjing sedang menunggu di hadapan pintu biliknya.

Dalam pada itu, Julia menjelaskan segala urusan penjagaan melibatkan haiwan peliharaannya itu dilakukan oleh pembantu rumah bukan beragama Islam.

“Bab bagi makan, mandi dan tukar diapers, semua diuruskan oleh pembantu rumah kami yang bukan Muslim. Setiap bulan kami hantar dia ke tempat groomer.

“Jadi memang tak akan bersentuhan dalam keadaan basah pun. Dia pun tidak akan berjalan-jalan dalam rumah, ada beberapa kawasan saja.

“Bilik solat saya pun dekat tingkat paling atas di mana dia tidak boleh masuk,” ujarnya.

Sementara itu, Julia menyedari tanggungjawabnya sebagai Muslim namun dia juga mahu menjaga hubungan dengan manusia dan semua makhluk hidup termasuklah haiwan.

“Kami ambil dia ketika berusia dua bulan kerana tiada siapa nak jaga dia disebabkan masalah kulit. Saya pun dah biasa dikelilingi anjing sejak kecil.

“Kami dah biasa latih anjing. Masa membesar di Australia, ibu bapa saya ada empat ekor anjing.

Nowadays pun, kalau la tersentuh masa basah pun ada sabun sertu.

tunggu depan bilik Julia Farhana bukan

Selain anjing, Julia juga mempunyai tujuh ekor kucing.

“Saya tahu tanggungjawab sebagai Muslim dan saya nak jaga bukan saja hubungan dengan manusia.

Tapi dengan semua makhluk hidup seperti haiwan dan sebagainya,” ujar Julia.

Dalam pada itu, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menjawab soalan berhubung menyentuh atau memelihara anjing.

Ini kerana Islam melarang umatnya memelihara haiwan yang disifatkan sebagai najis mughallazah iaitu najis berat seperti anjing dan babi.

Ini kerana dalam Mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu dikira sebagai najis.

Seperti mana yang dikatakan oleh Imam al-Nawawi; Maksudnya;

“Ketahuilah, tidak ada perbezaan di kalangan kami antara jilatan anjing dengan selainnya; daripada anggota-anggota anjing.

Apabila terkena kencingnya, najisnya, darahnya, peluhnya, bulunya, air liurnya atau mana-mana anggota dari anggota badannya yang bersih ketika ia sedang berada pada keadaan apa sekalipun, maka wajib membasuhnya.

Ia dilakukan dengan tujuh kali basuhan dan salah satu daripadanya adalah tanah. – (Rujuk Al Minhaj bi Sharh Sahih Muslim, m/s 185)

Namun begitu sekiranya seseorang Islam itu membela anjing, dia perlu mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam untuk tujuan tertentu seperti menjaga kebun atau tanam-tanaman.

mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *