Keluarga

Majlis Kahwin Bertukar Jadi Doa TahIil, Gadis Ini MninggaI Dunia Sehari Sebelum Bernikah

Tiada seorang pun yang tahu tentang perjalanan hidup kita melainkan Tuhan. Sudah semestinya soal ajal, jodoh dan rezeki telah ditetapkan oleh-NYA sejak azali lagi.

Namun, tiada siapa juga menyangka bagaimana akan berakhirnya kehidupan yang kita jalani.

Seperti yang berlaku kepada seorang gadis ini yang sepatutnya akan bernikah dengan bakal suami.

Tetapi tidak kesampaian apabila dia pergi menghadap Ilahi sehari sebelum dinikahkan.

Segala persiapan perkahwinan sudah siap dilakukan.

Menurut laporan, segala persiapan majlis perkahwinan gadis itu bersama bakal suaminya telah siap dilakukan.

Ianya termasuk pelamin, khemah dan juga makanan yang akan dihidangkan untuk para tetamu yang hadir.

Gadis berkenaan difahamkan akan melangsungkan majlis pernikahan di rumahnya pada Isnin (30 November) lalu.

Sempat pergi ke rumah bakal suami untuk menghantar baju pernikahan.

Bapa gadis itu memberitahu, dua hari sebelum majlis arwah sempat menghantarkan baju untuk dipakai oleh bakal suaminya di hari pernikahan mereka.

Namun, selepas itu dia mendapat panggilan mengejut daripada rakan arwah dan memberitahu arwah berada di hospital dan tidak sedarkan diri.

Dikatakan berlaku perkara yang mengejutkan sebelum dimasukkan ke hospital

Rakannya ada memberitahu bapa gadis berkenaan bahawa arwah telah dimasukkan ke hospital dan tidak sedarkan diri kerana kejangan otot.

“Saya bergegas ke hospital dan sempat berjumpa dengan calon menantu untuk mengetahui perkara sebenar”

“Saya tanya anak saya di mana, dia beritahu di hospital. Kemudian saya tanya, anak saya kejang otot di mana, dia menjawab tidak tahu,” katanya.

Selepas dirawat, arwah akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada Ahad malam (29 November), sehari sebelum majlis pernikahannya.

Majlis pernikahan bertukar menjadi majlis doa tahlil.

Walau bagaimanapun, majlis tersebut tetap diteruskan dengan majlis tahlil yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat.

Sehingga kini, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian berdasarkan hasil bedah siasat.

Sumber Laporan, Artikel diterbitkan pada 3 Dec 2020 dan disiarkan semula supaya kita bersama dapat menyedekahkan doa dan alfatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *