Semasa

Teruk Kena Kecam, PengawaI Peribadi Akhirnya Bongkar Sesuatu Mengejutkan Sepanjang Jaga Fazura dan Fattah

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai jam tangan mewah berharga jutaan ringgit yang dipakai selebriti popular Fazura ketika semasa sambutan hari lahir suaminya, Fattah Amin.

merupakan pengawal peribadi

merupakan pengawal peribadi

“Tidak lama selepas itu, mereka meminta saya untuk menjaga kedua Fattah dan Fazura untuk acara ABP pada tahun 2017. Itulah kali pertama saya menjaga Fazura. Sehingga kini, dah 5 tahun saya menjaga keselamatan dan privasi pasangan selebriti kesayangan ramai ini,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan dia dibayar untuk menjaga keselamatan Fazura ketika memakai jam tangan mewah yang dipinjam, Shah menyifatkan ianya sangat kelakar.

“Baru-baru ini terbaca juga di media sosial mengatakan saya dibayar oleh satu syarikat untuk menjaga keselamatan Fazura ketika beliau memakai aksesori mahal sehinggakan perlu memulangkannya dengan segera. Perkara ini tidak betul dan sangat kelakar bagi saya.

“Saya dibayar untuk menjaga keselamatan mereka. Sudah tentu tugas pertama saya adalah untuk memastikan kedua-dua mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat.

“‘Selamat’ ini bukan hanya merujuk keselamatan diri secara fizikal luaran tetapi saya juga kena pastikan mereka selamat dari sebarang atau setidak tidaknya mengurangkan risiko dari penyakit wabak yang melanda satu dunia sekarang ini,” katanya.

Teruk Kena Kecam

Dalam pada itu, Shah berkongsikan dia pernah dikecam di media sosial miliknya selepas tular video memaparkan dirinya menghalang peminat yang menyerbu Fazura sedangkan dia hanya menjaga keselamatan selebriti itu.

“Pernah dalam satu event, saya dikecam teruk di laman sosial saya, hanya disebabkan satu video yang menunjukkan saya menghalang beberapa peminat menyerbu Fazura untuk bergambar.

“Tujuan utama saya pada waktu itu adalah atas dasar keselamatan Fazura, untuk mengurang risiko penyakit yang berjangkit. Tapi itulah. Tak semua orang faham dan tak semua orang boleh terima tuntutan kerjaya saya. Saya ok saja, janji bos (Fazura) saya happy!” kataya.

merupakan pengawal peribadi

Berkongsikan momen manis sepanjang mengawal keselamatan Fazura dan Fattah, Shah berkata pasangan itu sangat baik terhadapnya serta tidak pernah melupakan isteri dan anaknya.

“Layanan mereka pada saya sangat baik. Kalau tidak, takkanlah dah masuk 5 tahun saya bersama dengan mereka. Mereka cukup baik bukan dengan saya saja, tapi dengan semua orang yang berkerja dengan mereka. Mereka punya baik hati sampaikan isteri dan anak saya pun mereka berdua tak pernah lupa.

“Jika mereka pergi shopping, mesti Faz akan tanya “Isteri Shah suka warna apa ya, anak Shah suka toys apa ye”. Jadi setiap kali mereka bertanya soal itu, saya cuba untuk mengelak, maklumlah saya berkerja dan dibayar.

“Malu juga dibuatnya. Jadi sekarang ini kalau mereka nak belikan apa apa untuk isteri atau anak saya, mereka dah tak tanya. Mereka terus beli saja dan berikan kepada saya,” katanya.

RK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *