Semasa

“Dah lupa halal haram..” Netizen Terkejut Lihat Iqbal, DSV Melakukan Perkara itu Depan Umum

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan kemesraan terjalin antara usahawan kontroversi, Dato Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna dikenali @__akakaiskrim, Iqbal dan Vida dilihat nyanyi bersama dalam sebuah penggambaran yang dipercayai berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Melihat aksi dan kemesraan antara keduanya, netizen mula mempersoalkan hubungan mereka.

Kembali Bercinta ke? 

“Tak ingat halal haram dah..”

“Semoga ada jodoh lah..”

“Tolonglah, dah tua kot masing²..”

Bila yang tua dan yang muda bergedik

Bukan itu sahaja, malah pelakon Azad Jasmin turut serta kelihatan di dalam klip video tersebuy sebagai ‘pengarah’ dan  ‘penyanyi latar’.

Dalam  video itu, Iqbal menyanyikan lagu single miliknya berjudul Hujan dan Ku Ikhlaskan oleh Vida yang sememangnya membawa maksud yang begitu mendalam dan ‘padan’ dengan situasi yang pernah dilalui oleh mereka berdua.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di mana ramai terhibur dengan aksi yang ditunjukkan oleh mereka berdua termasuk Azad Jasmin yang tidak pernah gagal menunjukkan sisi lucunya sebagai seorang penghibur.

Malah, ada yang tertanya-tanya sama ada putik-putik percintaan DSV dan Iqbal kembali semula setelah terputus separuh jalan pada tahun lalu.

Tidak kurang juga mendoakan agar jodoh mereka berdua kuat dan berkahwin juga nanti.

 

Tonton Video di TikTok @__akakaiskrim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *